Thursday, June 25, 2009

Weiiii !!! Look at yourself first lah ??

Huii !! Lama tul tak update blog ...
Sebenarnya sibuk main pc game kemalasan melanda :D




Ok todays topic ialah mengenai masalah kaum wanita sejak azali lagi ..
Iaitu penderaan yg wanita selalu terima tak kira lah dari ahli keluarga atau suami ...



Well actually for once lah wanita harus bangkit dan pertahan kan maruah wanita itu sendiri ..
Kekadang rasa cam malas nak baca news everyday sbb mesti ada je news mengenai wanita yg di dera sama ada secara sexually ,physically or emotionally ..



Selalu kita dengar lah kan lelaki ni complaint mengenai wanita yg tak soleha ...
Wanita tak bertudung lah , wanita yg berpakaian seksi lah ,
Wanita yg degil keras kepala so on and so forth ..
Mereka nak kan wanita seperti Puteri Rasullulah ..
Tapi ada tak mereka berkelakuan seperti Rasullah sendiri ..



Pernah tak lelaki berhenti seketika dan berfikir sama ada mereka ada kualiti yg seperti berikut ..
Pendapat saya lah memang mostly lelaki tak de kualiti tu langsung sbb mereka ni ego malu kalau org lelaki lain kata dia ni takut bini tapi nape Rasulullah tak rasa camtu ekk !! but i know the answer to the question . Org lelaki akan kata tu Rasulullah saya ni hanya manusia biasa ..Ye lah tu .. Tapi kenapa nak demand banyak2 from kaum wanita kalau dia sendiri rasa cam tu . Kita kaum hawa pun boleh kata yg kita ni hanya anak manusia biasa bukan nya anak Rasulullah ..
Kalau tak de semua ada half of it satu pun dah cukup bagus .



So org lelaki sebelum demand yg lebih2 plz check your self out ...
Org kata ukur baju di badan sendiri .. ( sendiri mau ingat )










Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.



2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dapur dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.




P/s : So guy out there plz think it out ...
Kalau nak isteri yg soleha , u must be one too , baru lah boleh jadi kan teladan bagi isteri tu ..

2 comments:

Sulela said...

Entry cybermummy kali ni buatkan saya terharu. Takde lelaki yang budi pekertinya seperti Rasullullah s.a.w... calit sikit...hehehe

♥cybermummy♥ said...

tul tu lela ( sambil calit ngan sulela :P) tak de lelaki yg baik budi pekerti mcm Rasulullah so saya harap lah lelaki jgn lah harap semua ppuan harus seratus persen baik mcm puteri Rasulullah ..Kita mesti berpijak pada bumi yg nyata .What you do in the past is what u get in the future in other word "karma" ..

Linky Minky (leave ur blog link here)