Wednesday, August 05, 2009

Family Planning ~

Salam buat kawan2 blogger semua .
Semoga anda semua dalam keaadan sihat dan happy semuanya .

Alhamdulilah ,
Hari ni saya rasa bahagia ,
Sbb semua yg kusut dah dapat di leraikan dan semua yg sakit dapat saya pulihkan .
Terima kasih pada sahabat2 blogger saya yg memberi kata2 perangsang buat saya .
Walaupun kita tak pernah bersua empat mata ( hanya lihat pic kat blog masing2 )
Saya dah anggap kamu semua seperti sahabat saya .
Sekali lagi tima kasih saya ucapkan .blogger-emoticon.blogspot.com




Hari ni saya nak citer sikit pasal "Family Planning "
Kat S'pore ni ,
Kami kekurangan kelahiran yg dapat mengganti penduduk2 yg semakin tua .
Macam2 benefit dan subsidy yg government bagi untuk menggalakkan kelahiran .
Tapi sambutannya masih suam2 kuku .
Masih ramai yg enggan untuk ada anak .
Kalau yg nak ada anak pun mereka hanya maukan satu atau dua tak lebih .
Asalkan ada yg penyambung waris cukuplah bagi mereka .
So kat sini saya nak lampirkan benefit2 yg di berikan kepada ibu bapa yg bercadang untuk tambah bilangan anak .




Anak pertama dan kedua : Akan menerima wang sagu hati sebanyak S$4000 dan di bayar sebanyak empat kali di mana bayaran pertama akan di terima bila bayi berusia dua minggu dan bayaran terakhir bila bayi berusia 18 bulan.Government dolar to dolar matching .

Dimana government akan match kan setiap $$$ yg di masukkan ke account " Child Development Account " yg dibuka khas bila bayi itu selamat di lahirkan .
Example :
Ibu - Bapa : MAsukkan S$100 ke dalam account " CDA "
Government : MAtchkan S$100 yg di masuk kan oleh parents.
Total dalam acct "CDA" anak = S$100 + S$100 = S$200
Kalau masukkan setiap bulan mcm tu dalam setaun acct anak anda akan ada S$200 X 12 = S$2400 .

Dan duit yg didalam account ini hanya boleh digunakan untuk bayaran bagi anak2 masuk ke Pre school atau pun Child Care center , untuk membayar bill perubatan bila jumpa doktor private bukab doktor hospital sbb yg hospital boleh guna parents nya "MEdisave " dan juga boleh digunakan untuk membeli insurance untuk anak ( tapi hanya insurance policy dari insurance company yg di approved oleh government ). Account ini valid sehingga anak berumur 6 taun dan bila anak masuk umur tujuh taun segala baki duit yg ada dalam "CDA" itu akan disalurkan ke dalam account "Edusave " account ini adalah untuk anak2 yg dah masuk sekolah biasa dan "Edusave" ini valid sehingga anak berusia 20 tahun . Selepas itu baki wang dalam " Edusave " itu akan di masukkan ke "CPF". "Edusave " sama je ngan "CDA" boleh digunakan untuk bayaran yuran sekolah anak2 dan juga untuk bayar course yg berkaitan dengan pelajaran mereka .


Anak ketiga dan keempat : Akan menerima wang sagu hati sebanyak S$6000 dan di bayar sebanyak empat kali di mana bayaran pertama akan di terima bila bayi berusia dua minggu dan bayaran terakhir bila bayi berusia 18 bulan .Government dolar to dolar matching .



MAternity leave up to 4 bulan dimana kelahiran pertama dan kedua,gaji ibu untuk dua bulan pertama akan dibayar penuh oleh majikan dan gaji dua bulan akhir akan di bayar oleh government .
Untuk ibu yg melahirkan anak yg ketiga dan keempat, gaji untuk bulan pertama akan di bayar penuh oleh majikan dan gaji tiga bulan akhir akan di bayar oleh government .

BAgi ibu2 yg bekerja sendiri contohnya berniaga akan di bayar
sumber pendapatan yg hilang selama dia berpantang untuk 4 minggu akhir dengan capped sebanyak S$10,000 bagi kelahiran pertama dan kedua .
Bagi ibu2 yg melahirkan anak yg ketiga dan empat akan dibayar
sumber pendapatan bulanannya yg hilang sebanyak 12 minggu dengan capped sebanyak S$30,000 .



Subsidy bagi penjagaan bayi pun diberikan oleh government S'pore .
Dimana kalau ibu2 yg letak anak2 nya dibawah jagaan "Child Care Center" mereka diberi subsidy sebanyak S$25o sebulan .
So kalau kita bayar yuran anak tu dengan menggunakan "CDA"
Kita hanya perlu masukkan S$150 sahaja sebulan .

Contoh :
Yuran Child Care : S$550 ( anak yg berumur 18 bulan keatas )
Subsidy government : S$250
Total to be paid : S$550 - S$250 = S$300
Tapi kalau kita guna kan "CDA" . Kita hanya perlu masukkan S$150 saja sebab yg baki tu government akan matchkan .



Subsidy untuk maid pun ada diberi oleh government Singapura .
Tapi ibu bapa itu mesti lah mempunyai at least seorang anak yg berumur tujuh taun kebawah .


BAgi ibu bapa yg bekerja , mereka juga diberi " Child Sick Leave " sebanyak 6 hari setaun . Tapi dengan syarat mesti mempunyai anak yg bawah tujuh taun .


So u all rasa menarik ke tak benefit yg diberi oleh government s'pore .
Tapi walau mcm mana menarik pun tak ramai yg tertarik. Itu sbblah kadar kelahiran kat S'pore ni tak naik2 . MAkin menurun adalah .


Saya rasa kan government harus buat reversed strategy .
Kalau government India nak salurkan electricity keseluruh negerinya sehingga ke kampung2 pendalaman supaya mereka ada activity alternative selain activity membuat anak .
Singapore pulak kena buat sebaliknya . Kena cut off electricity selepas waktu pejabat supaya semua rakyatnya tak dapat buat activity lain selain activity membuat anak .blogger-emoticon.blogspot.com

Dan saya dapat rasakan S'pore akan mengalami "Baby Boom" seperti taun2 60an dulu kalau lah reversed strategy ini di laksanakan .blogger-emoticon.blogspot.com



P/s : Saya dah menyahut seruan government untuk melahirkan anak lebih dari satu .blogger-emoticon.blogspot.comJadi saya dah sumbangkan bakti saya pada negara .blogger-emoticon.blogspot.com( Rakyat contoh ni )

No comments:

Linky Minky (leave ur blog link here)