Sunday, August 30, 2009

Recepi sos spaghetti ~




Ok friends ,
Kat sini saya nak kongsi cara- cara nak buat sos spaghetti .
Boleh lah kita sama- sama nikmati makanan Italy untuk nuka puasa blogger-emoticon.blogspot.com
Tapi recepi ini ikut citer rasa org melayu .
Ialah kalau ikut citer rasa org Italy ,
Sos nya mesti rasa masam yang teramat .
Dan selalu nya anak2 tak berapa gemarkan .

So here is the recepi yg saya modified sikit .
Tapi insyallah sedap !!!! blogger-emoticon.blogspot.com




Recepi sos spaghetti :
( Portion untuk sebungkus spagetthi = 4 org )

Selabu bawang besar
Dua ulas bawang putih
Sepuluh tangkai cili kering
Semua bahan di atas tu harus lah di kisar halus .

10 biji buah tomato , di potong dadu .
Empat sudu makan tomato sos .
Empat sudu makan gula .
Garam secukup rasa .

Untuk isi dalam sos nya boleh lah campur kan isi ayam yg di potong dadu atau daging kisar atau pun nak yg ringkas masuk kan saja sosej .blogger-emoticon.blogspot.com


Cara - cara nya :

Tumis kan semua bahan kisar dengan sedikit minyak .
Selepas semua bahan garing ,
Campurkan sos tomato dan juga gula kedalam tumisan itu .
Kacau sampai semua bahan rata baru lah masukan tomato yg telah di dadukan .
Kacau lagi , masukan sedikit air .
Agak - agak bila kita nampak tomato tu semua dah tenggelam cukup lah tu .
Biarkan mendidih , bila dah mendidih baru lah masuk kan bahan mentah yg lain .
Seperti isi ayam yg di dadu atau daging kisar atau pun sosej .
Biar sos tu mendidih serta kering sedikit .
Terakhir barulah masuk kan garam secukup rasa .

Cara merebus Spaghetti :

Penuh kan periuk dengan air serta masuk kan sedikit garam .
Biarkan air mendidih .
Bila dah mendidih baru masuk kan spaghetti tu .
Biar kan masak dalam lima hingga sepuluh minit .
Atau pun nak tau bila ia masak , amik sehelai spaghetti tu dan cuba picit kan guna dua jari kita .
Kalau rasa masih keras makna nya belum masak .
Lagi satu cara nak tau spaghetti tu dah masak ke belum .
Cuba amik sehelai spaghetti tu dan lempar ke dinding .
Kalau dia melekat makna nya dah masak .
Kalau tak melekat dan dia melorot ke bawah makna nya belum masak lagi lah . blogger-emoticon.blogspot.com
Bila dah masak cepat2 toskan air nya dan cuci kan spaghetti tu dengan air paip .
Supaya spaghetti tu sejuk .
Kalau kita biarkan je spaghetti tu macam tu je lepas tos kan air nya ,
spaghetti tu akan over cook so tak sedap lah rasa nya sebab spaghetti dah kembang .
Last kali masuk kan sedikit minyak zaitun ,
Kalau tak de stock kat umah , minyak sayur pun boleh jugak .
Tapi sebelum masuk kan minyak tu , make sure spaghetti tu dah di tos betul2 .
Kalau tak spaghetti tu cepat bercendawan kalau kita simpan lebihan spaghetti tu dalam fridge .


Pastu boleh lah di hidang kan buat santapan keluarga .blogger-emoticon.blogspot.com


Selamat mencuba .

Ta - ta ~


2 comments:

MaMaSyAzA said...

nak cubala resipi ni...baca macam ni pun dah rasa terliur..tu belum memasaknya lagik

♥cybermummy♥ said...

cuba lah mamasyaza , insyallah sedap :D

Linky Minky (leave ur blog link here)