Monday, August 03, 2009

Thank god and Bloody Hell ~






Thank God sbb apa yg dikhabarkan adalah dusta semata2 .
Bloody Hell to those yg buat cerita yg mcm tu .


That day i read about Yasmin Ahmad gender yg di perkatakan oleh ramai org .
I was surprised about what they had said about her .
But deep inside me i don't really want to believe .
Tapi semalam semuanya dah terungkai .
Saya ada baca kat surat khabar " Berita Harian " terbitan Singapura yg mengatakan
bahawa keluarga arwah Yasmin Ahmad telah memberi penjelasaan mengenai isu itu .




Keluarga Yasmin mahu saman editor, wartawan

SUBANG JAYA: Keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarang dan wartawan sebuah akhbar tabloid terkenal berhubung penyiaran artikel kontroversi pada 27 Julai lalu mengenai keperibadian pengarah filem dan iklan berkenaan.

Ibunya, Cik Inom Yon, berkata tindakan itu dibuat berikutan artikel berkenaan ditulis, disiarkan tanpa fakta tepat serta menggunakan sumber maklumat yang diragui hingga menjejaskan nama baik pengarah itu serta keluarganya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tindakan itu boleh dielakkan jika pengarang dan wartawan akhbar tabloid (bukan terbitan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)) itu menemuinya sekeluarga selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

'Sampai hari ini pun mereka belum datang bertemu kami. Yang datang sebelum ini pun cuma pegawai atasannya dengan membawa bersama surat permohonan maaf daripada syarikat penerbitannya.

'Akhbar itu pun sudah memohon maaf pada muka depannya, Khamis lalu dan menjelaskan apa yang berlaku. Tetapi, bagaimana pula dengan pengarang dan wartawan terbabit? Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab tetapi sampai sekarang pun belum datang sini,' katanya kelmarin.

Cik Inom berkata jantina anaknya tidak sepatutnya dijadikan isu kerana Allahyarham memang dilahirkan seorang wanita.

'Yasmin dilahirkan sebagai wanita, mengamalkan cara hidup wanita dan meninggal (dunia) sebagai wanita. Malah, semua dokumen mengenainya ada kami simpan, termasuk surat daripada Majlis Fatwa. Jadi, mengapa dan kenapa perkara ini dijadikan isu sensasi,' katanya. -- BMM.




Ada je yg masih nak mengata arwah walaupun dia dah tak de .
Jgn lah kerana nak lariskan suratkhabar terbitan kamu tu sanggup kamu semua mereka - reka cerita yg tak betul mcm tu lagi2 mengenai org yg dah meninggal .
Bukan ke kita di ajar supaya menghormati sesorg individu tu .
Tak kiralah sama ada yg hidup atau yg mati .

Akihr sekali ,
Al-fatihah buat arwah Yasmin Ahmad semoga dia aman di sana dan semoga org2 yg menyebarkan maklumat yg sengaja di ada2kan itu cepat2 lah bertaubat. Dan cepat2 lah minta maaf secara personally bukan hanya letak kat muka depan suratkhabar saja . Sbb cerita yg mereka ada2kan itu telah menjatuhkan maruah keluarga itu .


P/s : Kekadang rasa kecewa ngan org melayu kita ni . Suka sangat jaga tepi kain org. Wahal keluarga sendiri entah di didik dengan betul atau tidak . blogger-emoticon.blogspot.com

1 comment:

MAMASYAZA said...

yup betul...didik keluarga sendiri dulukan...baru nak sibuk keluarga org..wartawan kdg2..mmg cam tu..semua diaorg tau

Linky Minky (leave ur blog link here)