Tuesday, November 24, 2009

Berjaya sudah ~

Alhamdulilah ,
Sasaran untuk Campaign kak yong dah berjaya .
Walaupun saya tak dapat menjadi penyumbang $
cuma sekadar penyumbang entry saja .
Saya amat lah terharu dengan jalinan mesra antara-antara
blogger walaupun ramai yang masih belum bersua muka dan hanya
mengenal sesama sendiri di alam maya saje .

Harap-harap jalinan mesra yang telah wujud ini berkekalan
hendak nya .

( Entry di bawah ada lah dari penganjur Campaign itu Siti Sifir
saya copy paste saje )






Bismillah,


Dengan izin ALLAH dan berkat kerjasama rakan2 blogger, maka dengan ini saya mengumumkan nilai RM 1100 yang kita kumpulkan telah dipenuhi pada malam ini. Lihat detel di bawah sebelum saya mengulas lanjut :


Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :


Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 1120
Baki Sasaran : RM -40
Jumlah Penderma : 35 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi


Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang


Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang


Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang


Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 15
Jumlah Penderma : 1 orang


Hari Kelima
Jumlah Kutipan : RM 220
Jumlah Penderma : 7 orang


Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 4 orang
Penderma RM 50 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 4 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 18 orang
Penderma RM 5 : 1 orang




*Dua orang penderma RM 30 menggunakan akaun Bank Islam saya dan saya belum masukkan ke dalam Maybank lagi. Insya ALLAH akan pindahkan secepat mungkin...


Jelas di sini, kita tidak memerlukan jangka masa yang lama. Saya sangka mungkin kita mengambil masa 3 minggu untuk mendapat jumlah sasaran. Tetapi alhamdulillah, doa kita didengari ALLAH.


Juga saya turut rasa kagum dengan jumlah2 yang tinggi yang didermakan oleh seseorang individu. Betapa ALLAH telah menaburkan dalam hati2 kita ini ukhuwwah yang mantap sehingga tidak terasa rugi untuk menolong.


Saya pasti kakyong akan mengalir airmata mendapatkan ini. Buat masa ini, baik saya mahupun Miela, kami tidak membuka mulut tentang hal ini kepada kakyong. Harapan saya, tidak ada blogger lain lagi yang akan pecahkan rahsia ini.


Status sekarang, komputer idaman kita itu sedang diperkemaskinikan dan akan di servis dahulu oleh tuan punya. Juga saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menyampaikan lappy itu. Adakah blogger2 di kawasan sekitar Ipoh ini ingin sama2 berada dalam suasana penyerahan komputer? Jika ya...sila komen dalam kotak komen di bawah ya.. Jika ramai yang mahu turut serta, saya akan cuba uruskan masa penyerahan dengan lebih kemas.


Oh ya, baki sasaran yang dah terlebih itu, saya akan pulangkan kepada tuan punyanya kerana orang terakhir telah bank in RM 50. Anda yang mana telah membuat entry kempen diharap dapat delete dari blog anda, ataupun gantikan sahaja isikandungannya dengan entry saya ini.


Saya doakan semoga ALLAH menggantikan yang lebih baik buat diri anda tidak kira sama ada anda menyumbang, atau anda menyebarkan kempen, atau sekadar berdoa untuk projek ini. Semua itu, tidak kita ketahui nilainya di sisi ALLAH.


Akhir kata, saya mewakili kakyong ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa 

baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...dan saya juga tumpang 
ukhuwwah kalian dengan kakyong :)








6 comments:

suhaila-ab said...

sebenarnya aku tak paham campaign tu mcmana...aku dah jenguk blog dia...tapi tak sempat nak baca 1-1...

♥cybermummy♥ said...

Su , campaign tu ajak kawan2 blogger yang kenal kak yong tu donate to buy her a new computer tak semestinya yang baru 2nd hand pun ok . So Siti sifir ajak kawan2 menderma Rm 10 each person lah tapi kalau nak derma lebih ok gak sampai lah mereka mendapat sasaran Rm 11oo since dah dapat target kutipan tu yang dah tutup and duit tu di masuk kan ke akuan Maybank Siti Sifir .Kalau tak dapat derma $ cukup dengan buat sticky campaign entry je . Itu pun amat di hargai . haa camtu lerr. ehh by the way ko dah buat tag yang aku tak ko tu .. jgn ngelat ekk .. : D

atty's said...

tu lah keen..terharu sgt ..berjaya kempen kita.caya lah smua.

♥cybermummy♥ said...

Tu lah syabas buat semua yang ambil bahagian ... : D

Sitisifir10 said...

Terima kasih cybermummy atas doanya.. :)

MaMaSyAzA said...

alhamdullillah..kempen ni berjaya dlm masa yg singkat....

Linky Minky (leave ur blog link here)