Thursday, November 26, 2009

Kasihan ~ T T

Esok kita umat Islam akan menyambut Aidiladha .
Tapi hari ini , umat islam Singapura di gemparkan
dengan pertemuan mayat seorang kanak-kanak yang hilang
semenjak seminggu yang lalu .
Kanak-kanak yang tak berdosa menjadi mangsa orang dewasa
yang tak de hati dan perasaan .
Apa yang si kecil boleh lakukan untuk pertahankan diri mereka
dari serangan orang-orang dewasa .

Sejak dua tahun kebelakangan ini ,
Ramai-ramai kanak-kanak melayu islam di sini menjadi mangsa deraan
orang dewasa . Mana silapnya sehingga semua ini terjadi ?
Adakah kerana masalah kewangan ? Masalah keluarga pincang ?
Kalau betul pun jangan lah sampai ilang pertimbang .
Pergilah minta bantuan dari badan-badan yang tertentu .
Banyak bantuan yang di sediakan . Dari segi kewangan sampailah
kepada pemberian kerja kepada mereka yang di buang kerja .
Sama ada mereka mahu atau tidak untuk kehadapan .
Lagi satu , orang-orang melayu singapura ni kadang-kadang memilih keje .
Nak gaji yang tinggi wahal pelajaran yang mereka ada pun tak seberapa .
Suruh pertingkat kan diri malas walaupun kerajaan bagi peluang untuk mereka .
Macam ada satu kes yang  terjadi pada kenalan saya .
Dia boleh lah di katakan datang dari keluarga susah
so dia tak mampu nak beli sebuah Pc untuk kegunaan anak-anaknya .
Jadi untuk menolong dia , saya tanyakan badan-badan kebajikan
dan kebetulan ,ada satu badan kebajikan yang menganjurkan
program dimana peserta akan mendapat satu set personal
computer terpakai percuma  tapi dengan syarat mereka
kena pergi basic computer course serta course bijak
mengurus kewangan yang mereka anjurkan
dan ini juga "PERCUMA". Dan setelah saya berikan
maklumat ini kat kawan saya tu , tau tak apa jawapan nya?
Dia kata " Alah malaslah nak pegi , buang masa je .
Dia orang ni nak bagi , bagi je lah
pastu nak susah-susah suruh kita pegi belajar .
Bukan aku yang nak guna , tu kan untuk budak-budak je "
Kalau anda sebagai kawan dia , apa anda rasa ?
Saya malas nak cakap dah .
So orang melayu singapura jangan lah asyik nak merungut je .
Bangun dan berusaha lah . Jangan hanya tunggu orang nak
suap makanan kat mulut kita je . Bangsa lain semakin maju ,
dan kenapa kita nak semakin mundur .
Bak kata pepatah sekarang " sendiri mau ingat "

Back tu the case...

Macam kes "Nonoi"













Both parents  ada masalah ,
Ibu arwah adalah seorang "tukang urut "dan bapa tiri is an ex- drug offender .
Bapa tiri  bunuh dia sebab katanya budak tu nangis tanpa henti ,
Biasalah budak , mungkin dia sakit perut ke atau pun tidonya di ganggu .
Kerana waktu tu bapa tiri dia amik dia dari rumah nenek nya waktu dia tengah tido .
Tapi yang kesian tu , setelah dibunuh mayat arwah di sembunyikan di bawah sebatang jambatan selama tiga hari kalau tak silap . Seksanya mayat tu  T T


Kes "Nikie"







Kanak -kanak yang berusia dua tahun yang mati di pukul bapanya
hanya kerana mematahkan rokok nya .
Bapanya menjelaskan bahawa dia memukul arwah hanya untuk memberi
pengajaran . Tapi cuba lah bayangkan , apa lah yang si kecik tu faham .
Yang dah tau anak tu nakal yang pegi letak rokok tu dekat tempat yang
mudah dia capai tu kenapa ? Patutnya siapa yang harus punya lebih akal ?
Mak bapak atau anak itu ? Pukul sampai ada 58 bekas luka + lebam-lebam di badan .
Yang sedihnya bila bapak dia kata yang dia tumbuk belakang anaknya sampai kan anak
tu tak boleh nak berdiri . Bila dia berdiri dia jatuh tumbang kebelakang . Dan lebih menyayat
hati , ibunya tak lakukan apa pun untuk menghalang pelakuan bintang bapaknya itu .
APA NAK JADI DUNIA !!!! MANUSIA DAH MACAM BINATANG !! BINATANG
PULAK YANG ADA HATI DAN PERASAAN MACAM MANUSIA !!

Dan hari ini , sekali lagi kami warga singapura di kejutkan dengan kematian seorang
kanak-kanak lelaki berusia enam tahun .
Muhammad Nor Rashidy Rahmat yang di katakan hilang selama seminggu kerana dilarikan
oleh suami babysitter nya .
Arwah di jaga oleh neneknya kerana ibunya di tahan di penjara kerana kesalah dadah dan bapanya menghilangkan diri .










 Berita selanjut nya di sini --> Baca

Alfatiha buat arwah ,
Semoga roh mu di tempatkan bersama orang yang Allah sayangi .



 
P/s : Yang hairannya tu , kenapa nenek arwah tu bagi orang yang dia tak
kenal dan tak tahu mana tempat tinggalnya jaga cucunya tu ?





1 comment:

Cikpid said...

hati saya cepat luluh kalo berita macam ni..

yang mngajar anak sampai lebam2 tu sbb rokok apsal??bodoh btol..

bgslaa anak tu patahkan rokok bapak die..sbb rokok tu mnghancurkan..

Linky Minky (leave ur blog link here)