Thursday, December 03, 2009

Ciputttt ~

Hi i'm back :D
Aduh!! Sejak anak-anak cuti sekolah ni ,
Saya agak kesuntukan masa .
Banyak masa di habis kan untuk mereka .
Sampai nak update entry pun macam lepaskan batuk di tangga.
Ala kadar je : (

Tapi ,
Alhamdulilah , hari ni dapatlah saya mencuri sedikit masa
untuk mengupdate entry yang baru :D


Ini kisah anak-anak saya yang "jakun" tak pernah tengok ciputttt.
Ciputt = siputtt , Mikha yang sebut macam tu :D


Minggu lepas waktu saya beli grocery untuk menyambut Hari Raya Korban ,
Saya nampak dekat gerai ikan favourite saya dekat pasar tu ada jual siput.
Sebungkus S$3 .Jadi saya belilah sebungkus saje :D
Ialah yang makan pun hanya saya dan suami . Anak-anak belum
di dedahkan dengan hidangan siput masak lemak .
So tak tahu sama ada dia orang nak makan atau tak ?
Jadi dari membazir baik kita berjimat dulu .
Kalau dia orang suka makan , lain kali saya belilah lebih :D


Jadi hidangan untuk malam tu adalah siput masak lemak .
Suami yang tolong bersihkan siput tu .
Saya ni tak suka ngan bau siput tu .
Bucukkk !!! ;p

Jadi tugas saya hanya lah melayan kerenah anak-anak yang jakun
tengok siput hidup :D
Biasalah orang bandar tak pernah tengok benda-benda ni semua :D


















Tengok tu budak berdua tengah syiok tengok siput yang montotnya
telah di ketip . ( ini supaya senang nak sedut isinya bila dah masak nanti )
Tengah dia orang syiok tengok siput tu bergerak-gerak ,
Saya pun ambil lah satu , kononnya nak bagi dia orang pegang lah .
Sekali .....
Mikha dengan Syabil cabut lari dah  :p
Apa lagi , ini lah masanya ibu dia nak
menyakat si kecik dua orang ni ..
ngehh !! ngehh!! (tanduk dah keluar)



Mikha lari separuh jalan je .
Sebab suar dia melorot . hahahhaa
Tu tengah tarik suar dia lah tu ...



Budak kecik yang kena kejar ngan ciputttttt ....
Sampai ke dalam saya kejar dia orang .
hahahhaa. ( abaikan mural kat dinding saya tu :D )






Makin dia orang terjerit-jerit takut ,
makin saya suakan ciputtt tu kat dia orang .
kehh!! kehh!!!.
Mencicit dia orang lari .
Sampai naik atas katil : p

Kesian lak saya tengok :D
Jadi saya kejar setakat sampai situ jelah .
Kalau takut kan dia orang lebih-lebih nanti mengigau pulak
tido malam .
Siapa yang susah ?
Saya jugak ... : p

Bila dah abis proses suami bersihkan siput tu ,
Tiba lah masanya saya nak masak .
Tengah sibuk-sibuk saya siapkan bahan untuk masak ,
Tiba-tiba nampak ....




Zooom kat lagi sikit ...




Salah satu ciputtttt telah terlepas .
Ni mesti kes takut kena masak .
Tu yang nak cabut lari .
Tapi maaf ye cik ciputttt .
Percubaan untuk melarikan diri anda tidak berjaya :D



Akhirnya semua ciputtt-ciputtt tu telah selamat dalam perut
ibu dan ayah : D
Anak-anak semua tak nak makan .
Kesian kata si kecik .
Ibu kill the ciputttt kata Mikha
kehh!! kehhh !!
Anak -anak,
Ada je kerenah dia orang ni .







5 comments:

Flo Alfera said...

hi nice blog u have..sk2 & 25th seagames clicked for u :)

MaMaSyAzA said...

hehehe...bukan main bertanduk lagi si mak menyakat anak...suka sgt la tu boleh takutkan bebudak tu...misi berjaya...

♥cybermummy♥ said...

betul tu mamasyaza . Misi berjaya dengan jayanya !!! kehh!! kehh!!

suhaila-ab said...

KO NIH BUAT MENGIGAU ANAK JE...

♥cybermummy♥ said...

alah sekali sekala je su ..
bukan nya selalu . bila lagi nak nyakat . Ni dah ada peluang tak mo lepas kan lah .. kehh!! kehh!!!

Linky Minky (leave ur blog link here)