Friday, January 08, 2010

Kuih Lapis

Lama dah saya dok mengidam nak makan kuih lapis .
Tapi dekat tempat tinggal saya ni tak de yang jual .
Kalau dulu teringin sangat nak makan selalunya ajak
hubby pegi Geylang Serai .
Dekat sana semua kuih muih orang melayu ada di jual .
Lemang + rendang or serunding pun ada jual .
Tak payah tunggu Hari Raya :D



Back tu the kuih lapis ,
Since Geylang  Serai tu amat lah jauh dari rumah saya ni .
About 40 minit journey .
I decided to make the kuih lapis myself .
And since it will be my first attempt ,
I did not put high hope that the kuih lapis will turn out nice .

Wow !!! but i was wrong .
Under estimate my own capabilities . ( i always have low self confidence )
Here take a look at my marvelous " Kuih Lapis " :D





Not only look nice but it do taste delicious tooo.

So here is the recipe for any of you yang nak cuba buat  :D

Bahan- bahan :

1 cawan tepung beras ,
1 cawan tepung gandum ,
1 cawan gula pasir ,
1/2 sudu teh garam,
1 sudu teh minyak masak ,

200ml santan ,
2 cawan air .
Pewarna hijau dan kuning ( atau ikut warna kesukaan anda )

Cara - caranya :

1 ) Menggunakan blender / pengisar , masuk kan semua bahan diatas
kecuali pewarna dan kisarkan nya sehingga halus . ( tidak berketul-ketul )
Panas kan kukusan .

2)Kemudian bagi kan adunan tersebut kepada dua bahagian .
Satu bahagian di letak pewarna hijau dan satu lagi bahagian
di letak pewarna kuning ( atau ikut warna yang u all suka )

3) Di dalam loyang , sapukan sedikit minyak masak supaya
adunan tak lekat pada loyang bila kuih dah masak nanti .
So untuk lapisan yang pertama ,
Tuangkan 2 cawan adunan kuning ke dalam loyang dan kukuskan
selama lebih kurang 5 hingga 6 minit . Setelah lapisan itu masak ,
Tuangkan 1 cawan adunan berwarna hijau untuk lapis kedua
dan kukuskan nya selama lebih kurang 2 hingga 3 minit .
Tuangkan adunan yang seterus nya berselang seli sehingga habis .
Tapi untuk lapisan yang terakhir ,
anda harus kukuskannya selama 20 hingga 25 lima minit .

4) Bila dah masak keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk
sebelum acara potong :D


Akhir sekali ,
Selamat mencuba :)


P/s : Boleh buat sarapan pagi atau pun minum petang sambil tunggu
anak - anak pulang dari sekolah :D

P/s p/s :  Lupa nak bagi tau , got this recipe from this beautiful blog Dari Dapur CT
               But i did some changes here and there , ikut selera :D



8 comments:

Cikpid said...

nmpk cam sedap jek kak..gulp gulp gulp..telan air liur

(nak wat malas..poskan ke kulai kak..)

♥cybermummy♥ said...

Pid : amboi!! mana leh malas2 kata nak jadi ibu contoh :p

Pid pegi kat link ni http://taman-syurgaabadi.blogspot.com macam2 recipe ada . and this is one of it :D

Shopaholic Mama said...

wow wow wow..macam sedap gitu!

actually not all kueh kat Geylang sedap. so better you buat sendiri kalau rajin. tapi mcm I yg tak rajin, terpaksalah drool kat blog you je!

kakyong said...

menyelerakan...

ni yg buat tingin nak buat nih...

nza said...

cantiknya colour kuih lapis shikeen tu...
Jauh gak tu kalu nk g beli kuih lapis semata2...fuh!!!45 min tu.

MAMASYAZA said...

cantiknya kuih lapis shikeen..mesti sedap...anak2 Su pun suka sgt kuih ni...cara nak makan...kena makan selapis selapis, tak leh mkn sekali arung...tak nikmat katanya...nama pun kuih lapis..

mummyseri said...

yum yum..tengok aje pon da tahu sedap ni:)..
kite pon tak pass lagi bikin .. xtau pe sebabnyer x brape menjadi..nnt bile2 nk try wat lagi..wish me luck..

♥cybermummy♥ said...

shopaholic mama : tu kalau malas terpaksa jugak lah beli kat geylang. sedap or not terpaksa gak telan so that tak lah kempunan hehhee


kak yong : buat lerr senang je . bahan pun tak banyak . mesti anak2 suka makan .


nza : itulah . kalau naik teksi , duit teksi tu boleh buat kuih lapis tu berloyang2 :p


mamasyaza : makan selapis-selapis tulah yang buat rasa syoikk :p Kalau nak auntie shikeen leh courier pi kedah . Tapi tak jamin sampai kat tangan lah . atkut abg postman dah ngap. tau2 je tinggal bekas :D


mummyseri : kena cuba lagi tu . maybe ada yg silap . mana tau kali ni buat mesti menjadi , meletup kedebam kedebum .hehehee btw good luck ye untuk percubaan yg akan dtg ;D

Linky Minky (leave ur blog link here)