Wednesday, February 17, 2010

Donut versi Melayu





Hi semua ,
Kembali bertemu setelah bercuti panjang http://www.emocutez.com

Hari ini macam malas nak bangun pagi dan mulakan keje-keje harian .
Sampai nak kejut anak pegi sekolah pun rasa malas lah sangat .
Adehhh!! kenapa lah jadi macam ni .

So macam biasa , saya harus mencari-cari idea nak buat apa untuk
budak-budak kecik dua orang ni bawak untuk bekal ke sekolah .
Dah macam - macam dah saya buat sepanjang mereka sekolah
untuk dua bulan ni .
Sampai naik kering idea .


Akhirnya saya jumpalah satu recipe yang saya rasa anak-anak zaman
sekarang kurang gemar nak makan .
Lebih-lebih lagi kuih-kuih tradisional.
Yang dia orang tahu kuih -muih versi modern .

Jadi mulalah process membuat kuih di dapur .
Untuk hari ini , anak-anak di bekal kan dengan kuih .....



" KUIH KERIA "  ( donut versi tradisional )


 
Bahan-bahan nya

2 buku keledek ,
3 cawan tepung ,
1 sudu teh baking soda ,
3 cawan gula pasir ,
1/2 sudu teh garam .
air secukupnya .
Minyak untuk mengoreng .

Cara-caranya
Rebus keledek bersama 1/2 sudu teh garam dan air .
Rebus hingga lembut .
Setelah keledek lembut , 
Keluarkan keledek itu dan biar ia sejuk .
Bila sudah cukup sejuk ,kupas kulit keledek tadi dan 
lecek kan keledek tadi sehingga betul-betul hancur .
Kemudian masuk kan tepung serta baking soda 
ke dalam keledek yang telah di lecek .
Uli kan semua bahan itu sehingga sebati .
Kemudian bentuk kan adunan itu menjadi seperti donut .
Buat sehingga adunan habis .
Setelah itu panaskan minyak .
Bila minyak sudah cukup panas,gorengkan adunan yang telah di bentuk itu .
Goreng hingga kekuningan .
Biarkan kuih keria itu sejuk sebentar.
Sementara itu , masuk kan gula berserta secawan air
ke dalam kuali .
Ini process untuk menyira kuih keria itu .
Setelah campuran gula serta air itu telah cair , masuk kan kuih-kuih tadi 
dan kaup balik kan kuih itu sehingga gulanya kering .
Setelah siap boleh lah di angkat dan di sajikan .
Sesuai untuk sarapan pagi atau pun minum petang .

Tapi saya punya kuih keria selamat di bawa oleh anak-anak sebagai 
bekal ke sekolah .


P/s : sedih bila kuih-kuih tradisi makin di lupa kan oleh golongan muda
zaman sekarang . http://www.emocutez.com

2 comments:

nza said...

jap je ye sk kt Spura hoildy smpena CNY..kt Msia smpai 1 week la...

Ni la mummy yg best...rajin sungguh wat kuih. caya la.

ardinihumaira said...

^_^ tak pe sis.. nanti kalau dni ada bajet lebih, dni cuba buat untuk sesiapa sahaja.. sebab, dni punya bajet lari sikit bulan ni.. jadi bulan depan pun tatau nak korek mana duit belanja. hehe :p


btw, sis... tq sudi lawat blog dni.. suka tengok masakan sis.. nampak lazattt :)

Linky Minky (leave ur blog link here)