Monday, March 15, 2010

Donut Gebu Cybermummy

Hi semua .
Hari itu saya hanya post gambar donut gebu itu sahaja kan .
Tapi hari ini oleh kerana saya ada sedikit masa lapang
Sebab saya tak payah masak.( diberi MC oleh hubby)
Dan tangan tak lah berapa sakit .
Jadi saya buat kan entry recipe ini untuk rakan - rakan yang berminat .



" Donut Gebu Cybermummy . "





















Bahan - bahan nya


  3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  1/4 cawan air suam
  1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  1/2 cawan gula halus
  1 sudu kecil garam
  2 biji telur
  1/3 cawan shortening/butter
   5 cawan tepung gandum
   Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

   1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

   2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

   3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

   4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter.
Bagi yg takde dunut cutter , bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang.
Bulatkan doh dan buatkan  lobang ditengah-tengah dengan jari.

   5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

   6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

   7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
atau boleh lah salut kan dengan coklat .

Caranya , gunakan cooking coklat kemudian cairkan nya dengan cara double boil .
Bila coklat itu dah cair , celupkan bahagian atas donut itu .
Biarkan kering sebentar sebelum di hidang kan .


Selamat mencuba ..




6 comments:

MAMASYAZA said...

dah la tak bfast lagik ni...tengok laks gambar donut tu...menitik air liur..laparrrrr...!!!!!

♥Hernee Nazir♥ said...

w'pun dh knyang lunch..tp tngok donut yg gebu jd terliur..hehehe

pak long said...

salam buat mummy..
makan donat gebu ngan kopi panas..mengancam sis...

♥cybermummy♥ said...

mamasyaza & hernie ---> maaf ye buat anda semua terliur di pagi hari . muahahhaaa ( gelak evil nih)

♥cybermummy♥ said...

Pak long ---> betul tu pak long , lagi-lagi macam sekarang ni , waktu lepas hujan . Heaven sungguh :D
( s'pore baru je lepas ujan yang amat lebat .. best )

nza said...

penuh semangat brkobar nie menyalin resepi...dh xnyempat nk copy n paste n printe.....

alamak, yis dh abis la....kena g kedai dulu...mintak ckit yg dh siap tu.....meleleh air liur nie...hu...

Linky Minky (leave ur blog link here)