Monday, March 22, 2010

Misteri ???

Nak citer mengenai budak botak ..
Ia , botak persis macam kepala Homer Simpson itu .






















Ok citer dia macam ni ...
Malam Sabtu yang baru lepas,
I was not in a good mood .

Entah lah kenapa .Tapi rasa macam nak marah orang je lah .

So malam tu , i had difficulties in sleeping .
Suami temankan saya tidur sebelum dia duduk mengadap
Pc sebab nak tengok cerita yang dia dah download .
Tapi lama sangat nak tunggu saya tidur ,
Kesian pulak dekat suami .
Baik-baik dia nak tunggu saya tidur sekali dia pulak yang tidur
dan terus tak dapat nak tengok citer dia tu .
Jadi i told him , "tak apa lah abang pergi lah watch your movie ,
i'll listen to my mp3 nanti lama-lama mesti saya tertidur " .
Sang suami pun pegi lah  keluar dari bilik tanpa menoleh lagi .
ialah nanti kalau toleh sekali isteri bertukar fikiran tak ke haru namanya tu .
muahahhaa..

So dengar lah lagu-lagu from mp3 tu sambil layan blues nak tidur .
Baru je nak terlena , tiba-tiba bunyi bising .
Adalah budak-budak setan nakal mana dah dok main bola and
basikal memalam hari .
Orang nak tidur baru lah dia nak keluar main bola bagai .
Agak nya dia orang ni species " kelawar" . haizz

Baik-baik hanya tak boleh tidur ,
bila budak-budak setan nakal tu buat bising .
Ia kini dah bercampur marah ..
Marah yang teramat sampai saya dok jerit kat mereka suruh diam.
Dah dasar anak-anak remaja yang di tegah tu lah yang dia orang dok buat .
adess..

Untuk mengatasi masalah itu , saya tutup je tingkap .
Sambung balik layan lagu from mp3 .
Entah bila saya terlena pun saya tak tahu .
Saya terjaga sebab dengar ada orang masuk bilik air .
lampu bilik air tutup tapi ada lah cahaya samar-samar dari ruang tamu
masuk ke dalam bilik since sang suami kat ruang tamu tengah layan movies.

Jadi saya tinjau je dari atas katil tengok sape kat dalam bilik air
walaupun dah tau sape .Ini tak ada orang lain mesti Mikhail sebab
dia sorang je yang masih tido sebilik dengan saya .
Yang lain dah tido bilik sendiri .
Tinjau punya tinjau , saya nampak Mikhail berdiri depan mangkuk tandas .
Tapi bila saya pandang dekat lagi satu sudut iaitu tepi basin pencuci
tangan,Saya nampak lagi sorang budak . Sebaya dan sama besar
ngan Mikhail .Saya ingat Syabil . Tapi Syabil tido dengan atuknya
dekat bilik sebelah . Bila Mikhail dah lepas kan hajat nya .
Dia terus je menonong jalan balik ke atas tilamnya.Tarik selimut terus tido .
Saya pulak sempat menoleh nak tengok sama ada budak yang lagi satu
keluar ke tak ?
Rupanya dia masih ada kat situ .Saya pun bangun nak turun dari katil
nak tengok sama ada Syabil perlukan pertolongan ke hapa kan.
Ialah mana tahu sekali dia sakit perut ke atau tak boleh buka paip
air ke ? Tapi bila toleh lagi sekali , budak tu dah ilang .
Ekkk !! tak kan lah Syabil lalu depan saya pun saya tak perasaan .
So pegi lah tengok kat bilik sebelah .Sekali tengok  Syabil dok
sedap tidur berselimut .hmmm... hati dah tak sedap tapi nasib baik
sang suami pun dan puas melayan movies dan dia pun dah nak masuk tidur .
Dia ada tanya saya kenapa saya tak tido lagi ? Saya cakap tak de apa-apa .
Mata belum ngantuk .Saya tak cerita kat dia malam tu .
Esok baru lah cerita . Malam tu saya dok tidur bawah ketiak suami .
Takutttt . huhuhuhu

P/s : rupanya sebelum ni Mikhail ada pernah jumpa .
Tapi tu lain kali lah cerita .

10 comments:

MAMASYAZA said...

takutnya...tu baru dengar cerita..blom nampak depan mata....kalo nampak depan mata...mo terkencing kat situ...hehehe

nza said...

eeeeeeeee....seramnyaaaaaaa!!!!misteri la..ni kena siasat betul2..manalh tahu kot2 T*Y*L.

pak long said...

slam buat mummy..
baca entri dah jam 11.00mlm...fuhh saspen jugak...rasa cam ada jer kat bilik air kiter...

ziha said...

huhu...seram2..dah la kita tido bilik sorang2.

♥cybermummy♥ said...

mamasyaza ---> selamat nampak bahagian belakang je . tak nampak rupanya . kalau tak mau pengsan shikeen .huhu

♥cybermummy♥ said...

nza ---> maybe . sebab baru2 ni bapak shikeen baru je kehilangan duit . entah lah . kami berserah je pada allah .

♥cybermummy♥ said...

pak long ---> hahahhaa , kalau ada pi lah tangkap.

♥cybermummy♥ said...

ziha ----> kalau takut gi lah tido ngan mamanya :p

ibu 2AZ said...

uish ngeri lak i dgr..huhu

♥cybermummy♥ said...

ibu2AZ ----> tu baru je baca lum tengok lagi. huuhu

Linky Minky (leave ur blog link here)