Sunday, November 27, 2011

Hari bersejarah

28hb November 2006

Hari yang gembira buat ibu kerana pada hari ini lah ibu telah melahirkan seorang bayi lelaki yg comel,gebu dan tak banyak menangis. Anak yang senang nak di jaga dan di didik . Anak yang mempunyai jiwa yang lembut dan penuh dengan kasih sayang. Anak yang di senangi oleh ramai orang. Anak ini telah ibu namakan sempena nama nabi dan malaikat dengan harapan dia akan selalu di berkati oleh Allah SWT. Buat anak ibu LUT MIKHAIL , ibu doa kan semoga mikha selalu di lindungi oleh Allah SWT , di limpahi dengan keberkatan serta di murahkan rezeki dan semoga Allah terangkan hati mikha supaya senang menerima dan mempelajari ilmu-ilmu yang berguna buat masa depan mikha . Selamat Hari Lahir Sayang. Tak ada apa yang dapat ibu berikan. Sekadar doa,sokongan serta kasih sayang yang tak ada batas dan sempadan nya


Yang benar ,
Ibu mu
28hb November 2011
2400hrs

2 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

happy birthday mikha. apa kabar keen, lama tak berblog

♥cybermummy♥ said...

Wsalam su, ikeen dekat sini sihat je .. Insyallah ikeen akan aktif semula...

Linky Minky (leave ur blog link here)