" Apam Mekar Warna-Warni "
250g gula halus ( boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 biji telur
1 sudu kecil ovallate
1 sudu kecil esen vanilla
300g tepung gandum
200ml susu segar ( saya guna susu tepung 2 sudu makan, bancuh ngan 200ml air )
Pewarna makanan ( ikut suka nak guna apa warna pun )
Acuan kertas secukupnya .
Cara-caranya
- Dalam satu bekas yang besar , pukul gula bersama telur sehingga kembang dan gebu .
- Kemudian masukan esen vanilla , pukul lagi .
- Masukan ovallate dan pukul lagi .
- Selepas itu masukan tepung berselang seli dengan susu
- dan di pukul sehingga gebu .
- Setelah gebu , bahagikan adunan itu kepada dua bahagian ( atau kebeberapa bahagian ikut berapa warna yang u all hendak )
- Masukan pewarna kepada bahagian yang telah di bahagi tadi dan kuapbalikan sehingga warna rata bersama adunan.
- Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
- Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
- Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
Selamat mencuba


0 spreading the luv virus:
Post a Comment