
Ok friends ,
Kat sini saya nak kongsi cara- cara nak buat sos spaghetti .
Boleh lah kita sama- sama nikmati makanan Italy bila-bila masa sahaja

Tapi recepi ini ikut citer rasa org melayu .
Ialah kalau ikut citer rasa org Italy ,
Sos nya mesti rasa masam yang teramat .
Dan selalu nya anak-anak tak berapa gemar .
So here is the recepi yg saya modified sikit .
Tapi insyallah sedap !!!!

Bahan -bahannya
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Semua bahan di atas tu harus lah di kisar halus .
10 biji buah tomato , di potong dadu .
4 sudu makan tomato sos .
4 sudu makan gula .
Garam secukup rasa .
Untuk isi dalam sos nya boleh lah masukan isi ayam yang
di potong dadu atau daging kisar atau pun nak yg ringkas masuk kan saja sosej .
Cara - cara nya :
Tumis kan semua bahan kisar dengan sedikit minyak .
Selepas semua bahan garing ,
Campurkan sos tomato dan juga gula kedalam tumisan itu .
Kacau sampai semua bahan rata baru lah masukan tomato yg telah di dadukan .
Kacau lagi , masukan sedikit air .
Agak - agak bila kita nampak tomato tu semua dah tenggelam cukup lah tu .
Biarkan mendidih , bila dah mendidih baru lah masuk kan bahan mentah yg lain .
Seperti isi ayam yg di dadu atau daging kisar atau pun sosej .
Biar sos tu mendidih serta kering sedikit .
Terakhir barulah masuk kan garam secukup rasa .
Cara merebus Spaghetti :
Penuh kan periuk dengan air serta masuk kan sedikit garam .
Biarkan air mendidih .
Bila dah mendidih baru masuk kan spaghetti tu .
Biar kan masak dalam lima hingga sepuluh minit .
Atau pun nak tau bila ia masak , amik sehelai spaghetti tu dan cuba picit kan guna dua jari kita .
Kalau rasa masih keras makna nya belum masak .
Lagi satu cara nak tau spaghetti tu dah masak ke belum .
Cuba amik sehelai spaghetti tu dan lempar ke dinding .
Kalau dia melekat makna nya dah masak .
Kalau tak melekat dan dia melorot ke bawah makna nya belum masak lagi lah .

Bila dah masak cepat2 toskan air nya dan cuci kan spaghetti tu dengan air paip .
Supaya spaghetti tu sejuk .
Kalau kita biarkan je spaghetti tu macam tu je lepas tos kan air nya ,
spaghetti tu akan over cook so tak sedap lah rasa nya sebab spaghetti dah kembang .
Last kali masuk kan sedikit minyak zaitun ,
Kalau tak de stock kat umah , minyak sayur pun boleh jugak .
Tapi sebelum masuk kan minyak tu , make sure spaghetti tu dah di tos betul2 .
Kalau tak spaghetti tu cepat bercendawan kalau kita simpan lebihan spaghetti tu dalam fridge .
Selamat mencuba .


0 spreading the luv virus:
Post a Comment