More Nuff

Saturday, December 08, 2018

Rombongan cik kiah

Bulan 10 yang lepas, saya bercuti ke Jakarta Indonesia dengan teman teman. Kecoh nya masyalllah. Mana tak nya, kami berempat, 2 makcik 2 muda belia hahahahaha
Biasalah kalau dah kena jaga dua orang makcik. Kena make sure yang mereka di jaga dengan baik. Ye lah sekali hilang makcik berdua tu tak ke naya tu. Kena hamput dengan anak dia org nanti.

Kami kesana selama 4 hari 3 malam.
Makcik berdua tu enjoy betul. Kami berdua ikutkan je lah. Asal kan dia orang bahagia.
Kat sana dapat lah kami ke Tamrin City, Tanah Abang yang famous tu. Kami juga dapat lah pegi ke tapak makan di Jalan Sabang. Dapat lah makan nasi uduk yang marvelous dan jugak satay medan. Kami duduk di tepi jalan untuk makan. Dapat lah merasa macam mana orang local menikmati makan mereka. Macam macam yang terjadi . Hari pertama nak berangkat tu flight kami kena cancel. Kerana ada asap tebal yang di keluarkan oleh gunug berapi di Indonesia. Kena lah tunda ke esokan harinya. Kapal terbang berangkat pada jam 1.30 petang dari Singapura dan sampai di Jakarta jam 2.30 petang waktu Indonesia.

Pengangkutan kami di sana adalah Grab. Mudah, cepat dan paling penting murah :)
Dengan oertukaran wang yang tinggi S$1- 11000 Rupiah. Tak ke jutawan kalau dah tukar ratus ratus dolar.

Dah penuh luggage masing- masing kami pun pulang pada hari yang ke empat. Di sambut pulang oleh suami tercinta di pusat lapangan terbang Changi pada jam 9.30 malam. 
Dan ni ada ura- ura nak ke Jakarta atau Vietnam pulak.








Cukup lah gambar ni buat memories. Sahabat yang amat dekat di hati.


Salam sayang dan ukhwah dari saya.
Sehingga jumpa lagi.
Assalamualikum.

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)