Hari ini saya nak kongsi recepi membuat PIzza base .
Chewahh !!! Ada toko jadi Chef tak
Ok lah saya ni nak lah kongi cara2 nak buat Pizza base .
Sbb hari tu anak2 dan suami kata base dia lembut .
Dan jugak kerana cara2 nak buat base tu tak complicated dan sesuai untuk kaum ibu yg buzy cam saya ni ...
So apa kata kita mula kan .. Ahaks !
Ingredient tuk base nya ~
6 cups of all purpose flour
2 tbsp of instant yeast ( boleh di beli kat mana2 supermarket )
1 tbsp of salt
1 tbsp of sugar
2 cups of warm water
2 tbsp of olive oil ( boleh di ganti dengan vegtable oil )
Cara2 nya ~
Dalam satu mangkuk besar letak kan instant yeast , salt , sugar dan jugak dua cawan air suam .
Kacau secara perlahan sampai semua bahan larut .
Kemudian letak kan 6 cups of tepung bersama minyak zaitun atau pun minyak sayuran .
Gaul hingga sebati ,
Kemudian uli kan tepung tu .
Sesudah di uli hendak lah di diamkan tepung tu selama 20 - 30 minit .
Adunan tu akan naik .
So bila dah naik tu kena lah kita tumbuk2 kan tepung tu ngan tangan ye bukan dengan lesung tau
Lepas tu leh lah canai tepung nya mengikut bentuk yg u all sukaaaa ...
For the base sos pulak boleh lah guna kan yg instant atau kalau nak buat sendiri pun boleh .
Ingredient for sos . ( recepi saya sendiri )
Bawang putih 2 ulas + bawang besar 2 biji besar + halia 1inci di kisar .
Bahan yg di kisar tu di tumis bersama sedikit minyak sampai garing ( bukan hangus ye )
Then letak kan crushed tomato ( dalam tin punya ) sedikit garam +gula untuk rasa .
Biar kan mendidih dah sedikit kering .
Wallll lahhhhh !!!! siap dah .
For topping boleh lah letak hotdog , ayam , daging cincang , crab stick etc etc .
Kalau nak letak ayam make sure ayam tu dah di rebus dan di carik2 supaya cepat masak bila kita bakar Pizza tu . Kalau tak buat camtu haaa bertaun nak tunggu ayam tu masak .
kang Pizza dah rentung baru ayam nak masak ..
Kalau guna ayam yg dah di panggang lagi sodapppp ...
LAst sekali sebelum masuk oven tu tabur kan lah Mozzarella Cheese ye .
PAstu bakar dalam suhu 220 degrees Celsius .
Selama 20 - 30 minit bergantung pada size .
Kalau kecik kurang kan lah masa nya ye .
Atau lagi senang sampai golden brown
Ok selamat mecuba !!!!!
1 comment:
kak..nnti kalo laki sy dh belik oven/microwave sy buat eh resepi akak ni..
sian kan kat saya..
Post a Comment