More Nuff

Friday, August 21, 2009

Activity anak2 ~

Hari ni ngan semalam iaitu Khamis ngan Jumaat ,
Anak2 semua ada kat rumah ,
Syazza ngan Hibri tak pergi sekolah since kat sekolah sedang diadakan peperiksaan oral untuk
PSLE ( Primary School Living Examination) so kira nation wide lah murid2 darjah satu hingga lima di beri cuti .

Jadi sedia maklum lah ,
Kalau anak2 ada kat umah ,
Makna nya keadaan umah akan menjadi seperti medan peperangan blogger-emoticon.blogspot.com


Ialah mana tak nya ,
Pada masa yg sama ada yg tengah bertekak entah pasal apa , pastu ada yg dok jerit2 tengok kartun kat tv .
Lebih2 lagi si Lut ,
Dia kalau tengok Sponge Bob masyallah terjerit2 lagi2 time opening nya .
Adoiii !!! gamat umah .

So nak senyap kan dia org ni ,
Saya buat activity menulis dan mewarna .
Dan yg besar2 pulak ialah acara membuat keja sekolah blogger-emoticon.blogspot.com


Amboi !! cikgu2 ni mentang2 lah cuti sekolah ,
Punya lah melambak dia org bagi homework .
Kekadang anak2 mengeluh jugak tapi nak buat cam mana ?
Saya sebagai ibu hanya boleh bagi sokongan je dan tolong mana yg patut ...

So ini lah pose2 dia org time tengah buat activity menulis , mewarna dan jugak kerja sekolahblogger-emoticon.blogspot.com .






Lut tengah mewarna buku dia .( nampak tak plush toy tiger kat sebelah dia tu . kalau nak tau tu lah plush toy busuk dia . Mana dia pegi mesti bawak siap letak dalam poket suar lagi .)

Lut ni 2 tahun 9 bulan and next year dia kena masuk sekolah .
Pre school lah , tu yang saya melatih dia mewarna and kenal huruf jadi dia tak lah cam blur2 sangat bila masuk sekolah taun depan dan senang sikit cikgu nak ajar dia .blogger-emoticon.blogspot.com
Bab speaking london kira Lut ni dah terer lah .
Sbb kat umah memang di biasakan berbahasa Inggeris .
So bab tu tak de masalah lah kalau dia gi sekolah taun depan .

Tapi yg tak leh tahan tu , Lut ni kalau dah mula mewarna dia tak boleh stop .
Adoiii lah !!! Dia kalau boleh nak abis kan activity book tu .
Buku yg dia tengah warna tu pun dah tinggal dua muka surat je .
Padahal dia baru mula kan semalam .blogger-emoticon.blogspot.com
Tapi tak pe lah , order je ngan ayah suruh beli blogger-emoticon.blogspot.com

So ini lah salah satu hasil Lut mewarna .




Caram2 lut warna .
Tapi tak pe lah Lut masih dalam tahap permulaan .

Yg ni pulak Syabil ,




Dia tengah berlatih menulis huruf2 mengikut dotted line .
Alhamdulilah dah pandai dah .
Huruf pun dah kenal .
Membaca belum berapa lancar lagi .
Syabil kena put ini a lot of practise on reading .




Dan Syabil ni kalau mengaler memang tertib .
Semua warna kena kat dalam garisan .
Dia tak suka bila dia warna and warna tu terkeluar dari garisan atau gambar tu .
Mula lah dia erase semua .
Tapi kalau time dia buat tu time leisurely ok lah .
Kekadang2 kita tengah kejarkan masa dia buat camtu .
Adoiii !! Boleh naik marah di buat nya .blogger-emoticon.blogspot.com
Selamat lah kadar kemarahan ibu dia ni masih terkawal. blogger-emoticon.blogspot.com


Hibri ngan Syazza pulak sedang sibuk abis kan keje sekolah .
Sbb saya nak dia org mula kan sessi belajar atau hafal spelling dan dictation as soon as possible .
Ialah , hari sabtu kan dah mula puasa so saya dah tau dah dia org ni mesti lah lemah2 kan , since first day puasa , jadi kena learn spelling ngan dictation tu awal2 . Jadi semua nya dah terpahat kat kepala dan hati . So tak yah nak risau2 atau kelam kabut nak hafal tu semua .

Tengok tu ,
Syazza dok tertonggeng - tonggeng sbb nak abiskan keje sekolah .blogger-emoticon.blogspot.com




Yg bawah ni pulak Hibri ,
Dah lah rabun pastu waktu buat keje sekolah bukan dia nak gunakan cermin mata dia tu .
Pastu banyak spelling error .
Eeeiiii !!! Budak Hibri ni kan memang lah saja nak naik kan darah ibu dia .
Kalau lah tak betul2 boleh dapat HBP ( High Blood Pressure )blogger-emoticon.blogspot.com





Hibri ngan Syazza ni kan bukan tak de meja belajar kat dalam bilik .
Tapi dia org ni semua kejar kan adik2 dia org .
Konon nya nak belajar sama2 .
Mula2 tu memanglah belajar sama2 , tak sampai 5 minit dah mula dah bertengkar .
Tu yg Syazza kena buat keje sekolah kat atas lantai sampai tertonggeng2 .
Sbb saya nak separate kan dia dua org kalau tak keje sekolah memang tak abis punya .
Ada je yg dia org nak gaduh kan .
Hmmm .. anak oh anak !!! Ada je modal dia org nak buat pasal .
Kadang2 pasal siku pun boleh jadi gaduh .
Adehhh !!! penin kepala ibu dia .

Harap2 dalam bulan2 puasa ni ,
Allah tebal2 kan lah kesabaran ibu .
Kalau tak mau je ibu ,
Zassss .. Zasssss ngan rotan blogger-emoticon.blogspot.com


Ok tu je lah citer pasal activity anak2 buat kali ni .

Ta - ta ~








P/s : Zassss ... Zasssss ngan rotan . Tak pernah pun beli rotan dan tak de simpan rotan pun kat umah cam mana nak Zasss , Zasss .
Pappp ... Pappp ngan tangan adalah .blogger-emoticon.blogspot.com
Post a Comment

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)