More Nuff

Wednesday, September 16, 2009

Kuih Raya yg tak seberapa ~

Salam semua ,
Lagi tiga hari je Lebaran bakal menjelma .
Rasa macam cepat sangat Ramadhan berlalu .
Sedih lah bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita .
Entah jumpa ke tidak lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan .blogger-emoticon.blogspot.com


So since raya dah dekat ,
Ni saya nak citer pasal saya buat kuih raya during weekend yg lepas.

Mula-mula tu saya pasang angan-angan lah . Ialah niat hati nak buat lah kuih lebih sikit boleh lah bagi kat parents and also some of my hubby favorite aunties ..
So last weekend saya bersedia untuk bersengkang mata untuk buat kuih ...

Saya buat kuih tart nearly 3kg . Tapi saya buat berperingkat lah .
Pengsan kalau buat dalam satu malam saje . Dah lah saya buat kuih sorang - sorang .
Hubby cuma temankan aja sambil dia layan tengok DVD .
Saya lah jugak yg tukang uli +terap+isi inti + bakar .
Last-last hubby yg tolong susun dalam bekas .
Saya dah penat , mata tak leh nak angkat dah .
Sekali bila waktu sahur , anak-anak dah nampak yg ibunya dah buat kuih tart .
Apalagi , dia org bedal lah sampai tinggal balang kosong je .. Adehh !!
Hmmm , tak apa lah , since dia org nak makan saya biarkan je lah .
Tapi lepas tu saya warning , the next round of me making kuih tart dia org dah tak boleh makan sampai hari raya . ( kejam kan saya )blogger-emoticon.blogspot.com


Jadi esok nya iaitu hari isnin ,
Saya sambung buat kuih tart lagi .
Tepung nya saya dah siap adunkan one night before lepas tu simpan dalam fridge .
Waktu sahur saya keluarkan adunan itu bagi dia lembut semula .

Adunan dah lembut dan saya pun mulakan sessi membuat kuih tart ..blogger-emoticon.blogspot.com







Saya start baking around 9.00 am .
Itu pun setelah bagi anak-anak burung saya makan .
Dan saya selesai baking around 2.00pm
Dapat lah dalam 300 keping kuih tart ..

On the same day saya pun ada buat Cornflakes madu ..
Dapat lah dalam lima balang ..
Alhamdulillah ...



Yesterday saya buat kuih "Hazelnut Rosette "
Recepi kuih ni pun saya Google kat internet ..
Main cuba je ..
Tapi alhamdulillah menjadi jugak ..blogger-emoticon.blogspot.com

Dapat lah satu balang besar dalam 300 keping .


Yang nampak sipi-sipi tu ialah part time packer saya blogger-emoticon.blogspot.com
Syukur ada jugak yg nak tolong saya susun kuih-kuih tu dalam balang .
Bukan macam packer saya yg bawah ni ..



Susun nya tak sampai satu layer tapi yang masuk perutnya dah berlayer-layer .blogger-emoticon.blogspot.com

Tahun ni saya tak buat lah kuih yg bermacam - macam jenis .
Ini tiga jenis pun hazab saya rasa .
Macam nak pengsan di buat nya .
Kalau ada tetamu yang nak datang , saya masak je lah juadah yang lain untuk jamu tetamu tu .
Lagi senang dan jugak kenyang .blogger-emoticon.blogspot.com



So semalam lepas berbuka puasa saya pun pi lah tengok kuih - kuih yang saya dah buat dua hari yang lepas .
Ialah ingat nak bagi - bagi lah sikit kat my mum .
Dapat kasi seratus keping each kuih pun jadi lah since saya ada buat kuih tart 300 keping + cornflakes madu lima balang + hazelnut rosette 300 keping .
Orang kata sharing is caring kan ...


Tengok punya tengok ,
Tiba - tiba saya rasa cam nak blogger-emoticon.blogspot.com(pengsan)..
Mana tak nya ,
Kuih tart saya dah tinggal ...
SEPARUH BALANG SAJE !!!!





Tengok lah ni ...
Adoiii !!! Ni mesti kerja budak - budak serta ayah budak sekali ..
Mana lah cukup nak bagi my mum ,
Nak simpan sampai raya pun belum tau lagi .
Kalau macam ni punya kes , towkey kuih tart pun boleh bankrupt ...blogger-emoticon.blogspot.com





P/s : Mak , tak jadi nak bagi mak kuih tart tu . Sebab separuh kuih tart tu dah masuk dalam perut cucu-cucu serta menantu mak ..

P/s p/s : Apa kata mak pulak yang bagi kita kuih .. Alah sharing is caring kan ...blogger-emoticon.blogspot.com




Post a Comment

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)