More Nuff

Wednesday, February 17, 2010

Donut versi Melayu





Hi semua ,
Kembali bertemu setelah bercuti panjang http://www.emocutez.com

Hari ini macam malas nak bangun pagi dan mulakan keje-keje harian .
Sampai nak kejut anak pegi sekolah pun rasa malas lah sangat .
Adehhh!! kenapa lah jadi macam ni .

So macam biasa , saya harus mencari-cari idea nak buat apa untuk
budak-budak kecik dua orang ni bawak untuk bekal ke sekolah .
Dah macam - macam dah saya buat sepanjang mereka sekolah
untuk dua bulan ni .
Sampai naik kering idea .


Akhirnya saya jumpalah satu recipe yang saya rasa anak-anak zaman
sekarang kurang gemar nak makan .
Lebih-lebih lagi kuih-kuih tradisional.
Yang dia orang tahu kuih -muih versi modern .

Jadi mulalah process membuat kuih di dapur .
Untuk hari ini , anak-anak di bekal kan dengan kuih .....



" KUIH KERIA "  ( donut versi tradisional )


 
Bahan-bahan nya

2 buku keledek ,
3 cawan tepung ,
1 sudu teh baking soda ,
3 cawan gula pasir ,
1/2 sudu teh garam .
air secukupnya .
Minyak untuk mengoreng .

Cara-caranya
Rebus keledek bersama 1/2 sudu teh garam dan air .
Rebus hingga lembut .
Setelah keledek lembut , 
Keluarkan keledek itu dan biar ia sejuk .
Bila sudah cukup sejuk ,kupas kulit keledek tadi dan 
lecek kan keledek tadi sehingga betul-betul hancur .
Kemudian masuk kan tepung serta baking soda 
ke dalam keledek yang telah di lecek .
Uli kan semua bahan itu sehingga sebati .
Kemudian bentuk kan adunan itu menjadi seperti donut .
Buat sehingga adunan habis .
Setelah itu panaskan minyak .
Bila minyak sudah cukup panas,gorengkan adunan yang telah di bentuk itu .
Goreng hingga kekuningan .
Biarkan kuih keria itu sejuk sebentar.
Sementara itu , masuk kan gula berserta secawan air
ke dalam kuali .
Ini process untuk menyira kuih keria itu .
Setelah campuran gula serta air itu telah cair , masuk kan kuih-kuih tadi 
dan kaup balik kan kuih itu sehingga gulanya kering .
Setelah siap boleh lah di angkat dan di sajikan .
Sesuai untuk sarapan pagi atau pun minum petang .

Tapi saya punya kuih keria selamat di bawa oleh anak-anak sebagai 
bekal ke sekolah .


P/s : sedih bila kuih-kuih tradisi makin di lupa kan oleh golongan muda
zaman sekarang . http://www.emocutez.com

Post a Comment

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)