Dan saya rasa kat Malaysia masih cuti lagi kan .
Sini tak de cuti . Kalau cuti kenalah tunggu Chinese New Year nanti .
Baru lah ada cuti panjang .
Last week walaupun penyakit M datang berkunjung .
Tapi tugas sebagai ibu tak dapat saya nak ketepikan .
Ialah kalau saya tak buat sape yang nak buat pulak .
Nanti anak-anak tak makan pulak .
Malas atau tak , hendak atau tak nak , kena jugak saya laksanankan.
Macam selalu,tengah dok fikirkan nak buat apa untuk juadah bekal
anak-anak ribena ke sekolah.
Saya selak-selak lah buku-buku resipi yang saya beli .
Yesss !!! terjumpalah satu recipe yang saya rasa senang nak buat
dan barang-barang yang di perlukan pun dah ada .
Jadi bermulalah , persilatan tahap mega di dapur .
Dan inilah hasil selepas selesai bersilat didapur
" Apam Mekar Warna-Warni "
Sedap dimakan bersama kelapa + gula merah atau pun makan macam tu saje .
Ok, kat bawah ni adalah recipenya .
Since sharing is caring .
Recipe
250g gula halus ( boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 biji telur
1 sudu kecil ovallate
1 sudu kecil esen vanilla
300g tepung gandum
200ml susu segar ( saya guna susu tepung 2 sudu makan, bancuh ngan 200ml air )
Pewarna makanan ( ikut suka nak guna apa warna pun )
Acuan kertas secukupnya .
Cara-caranya
- Dalam satu bekas yang besar , pukul gula bersama telur sehingga kembang dan gebu .
- Kemudian masukan esen vanilla , pukul lagi .
- Masukan ovallate dan pukul lagi .
- Selepas itu masukan tepung berselang seli dengan susu
- dan di pukul sehingga gebu .
- Setelah gebu , bahagikan adunan itu kepada dua bahagian ( atau kebeberapa bahagian ikut berapa warna yang u all hendak )
- Masukan pewarna kepada bahagian yang telah di bahagi tadi dan kuapbalikan sehingga warna rata bersama adunan.
- Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
- Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
- Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
Selamat mencuba
4 comments:
Xsemua cuti la shikeen...yg dok bndaraya jerr cuti...hu.hu.hu..
amboi, diserang penyakit M pn rajin wat kuih...oklh tu....
Nza bab2 masak ni slalu M manjang...hi.
Gebuzzz sungguh la kuih apam tu...
shikeen,
lately rajin benor membekal resepi... ;) thanks
nza : memang gebuz dan sodap pulak tu .:D
Kak yong : lately ni shikeen suka post recepi di sebabkan ramai kawan2 blogger yang anak2 mereka melangkah ke alam sekolah tu yang kongsi . Boleh buat bekal anak2 ke sekolah :D
Post a Comment