Haah , ada rupa klinik bergerak tak ? ngeeee
Baru tiga orang yang sakit tapi ubat dah berbotol-botol
macam kat pharmacy pulak rasanya :D
Ini pun Lut Mikhail dah jelak nak makan ubat .
Kesian kat dia . Tapi kena jugak bagi makan kalau tak bila nak sihat .
Hari ini Syazza pulak yang demam DAN hari ini jugak dia ada exam .
English paper 1 . Nasib baik boleh retake kalau English paper 2 tak dapat lah dia nak
retake sebab sekolah tak bagi retake for absentees . Ialah takut soalan peperiksaan tu
jatuh kat tangan anak-anak kita dah semestinya anak tu buat lebih baik since kertas soalan
dah ada kat tangankan .Tak adil lah buat anak-anak yang lain .
Minggu ni cuti panjang . Anak-anak naik sekolah next tuesday . Ialah "Labour Day".
Kalau anak-anak dah sihat ingin nak ajak anak-anak pi main layang-layang .
Lama tak berjemur tengah padang . Ambil udara segar .
Buat anda semua selamat berhujung minggu . Semoga gembira disamping keluarga tersayang .
See u when i see u .
Ta~ta
P/s: rasa macam nak makan ice kacang pulak .haizzz
5 comments:
salam buat mummy....
memang sibuk jururawat tu....
samalah cam kat umah Su, memula ratu demam, pastu sikecik..dah penuh ubat..hehehe...semoga syazza cepat sembuh n boleh g main layang2
wah... berderet anak2 yg tak sehat nih...
ibunya okay kah?
macam kt farmasi tu....
Moga Mikha n Syazza cpt sembuh...abiskn semua antibiotik tu ok n lepas tu shikeen bagi minum yalkut utk pulihkan balik bacteria dlm bdn mrk....
pa long - haah , ini lah dia jururawat yg tak official . hehhee
mamasyaza - alhamdulillah , syazza dah sihat tapi tak boleh gak pi main layang-layang sebab cuaca teramat lah panas membahang . takut demam semula.
kak yong - maknya sakit jugak tapi oleh kerana tanggungjawab sebagai jururawat yg tak official terpaksa ku gagahi diri walaupun sakit .tapi skrg dah ok .
nza- pharmacy tak de license .hehhee
terima kasih aka doa nya .akan ikeen beri mereka minum yalkut insyallah
Post a Comment