More Nuff

Monday, May 17, 2010

Ayam panggang

Alhamdulilah , Mikha dah sihat .
Mikha demam bukan kerana faktor cuaca .
Tapi Mikha keteguran ,
Itu pun setelah atuknya yang pulihkan dengan ayat-ayat serta doa-doa
dari Al-quran .Ialah , budak-budak kecik . Semangat amat sensitif .
Mungkin waktu berjalan kesekolah tu yang dia terkena.
Budak-budak mana lah suka jalan di tempat yg sedia ada .
Mesti nak jalan atas rumput lah . Jalan bawah-bawah pokok renek
yang ada sekitar tempat perjalan kaki .

Sekarang Mikha sihat semula .
Tapi ibu nya belum hilang penat berjaga malam :-(
Jadi semalam , amat lah malas nak masak .
Sarapan pagi anak-anak hanya makan roti sapu dengan air teh .
Untuk makan tengahari ayahnya beli burger ramly .
Kebetulan ada pasar minggu dekat tempat kami .
Makan tengahari dah beres , tinggal nak fikir untuk makan malam pula .
So sambil lepak-lepak atas katil tu ,otak pun dok ligat fikir nak masak apa .

Akhirnya , saya masak yang paling mudah dan cepat untuk di sediakan .
Iaitu "Ayam panggang bermadu" (walaupun tak de stitis madu pun dalam bahan masakan itu )Saya sediakan ayam tu jam 12 tengahari , kemudian perap kan nya dalam
fridge sehingga waktu nak panggang nya .
Waktu untuk memanggang ayam itu pun tak lah lama sangat .
Dalam sejam saje .

Ini rupa yang belum lagi di panggang .
Butter biar lebih . Bagi kulitnya lebih garing ;D













Yang bawah ini setelah selesai di panggang .













Makan bersama nasi panas .
Anak-anak ratah macam tu saje .
Dan ada jugak saya goreng kan French Fries .
Mereka makan dengan sos tomato dan jugak mayonnaise.
 *burp*
Ahamdulilah , kenyang anak-anak dan suami untuk malam itu .


P/s : Ada kisahnya waktu anak-anak keteguran . Nanti lah saya citerkan :D





3 comments:

attyfir said...

alhamdulillah mikha dah elok dr demam..

sedapppppp...nya ayam panggang..tuh

Yuni Aisyah said...

bgus la mikhail da sehat..=)
slere mkn sy terus ada bila tgk ayam panggang..rse nak mkn je..huhu

♥cybermummy♥ said...

kty : sedap bila makan kulit nya yg krispy tu ...


yuni : kalau dekat boleh akak buat kan untuk yuni seekor :)

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)