More Nuff

Friday, May 07, 2010

Hari Jumaat

Sekejap saje dah sampai hari Jumaat .
Cepat betul masa berlalu . Kalau boleh nak je tambah lagi 24 jam dalam satu hari .
Supaya ia menjadi 1 hari = 48 jam . hehhehee

Nak tanya , awak semua pergi pasar hari-hari ke, hujung minggu sekali harung beli untuk seminggu atau macam mana?

Saya ke pasar hanya pada hujung minggu kerana kalau hari biasa saya tak de banyak 
waktu nak pegi survey pasar . ngeeee. Ialah ke pasar bukan hanya nak beli barang dapur saje 
tapi jugak nak survey-survey baju-baju basahan anak-anak,pingan mangkuk periuk belanga , pokok-pokok bunga, tuala mandi etc etc  yang hanya di jual pada ujung minggu. 
Hari lain tak de . Tapi yang palinggggg penting sekali iaah dapat berdating berduaan dengan hubby . Makan breakfast bersama , jalan berpimpin tangan .tehehehe
Kalau bersama anak-anak tak boleh buat tu semua sebab anak-anak nak pimpin tangan kami dan akhirnya satu kat depan yang lagi satu kat ujung T_T

Bebalik pada citer saya , jadi semalam tak dapat lah nak ke pasar walaupun bekalan bahan mentah untuk masak dah surut . Yang ada cuma kepak ayam . Nak masak kari , dah selalu sangat masak kari tapi tu kesukaan Hibri . Nak masak sup baru je dua tiga hari lepas masak sup .Teringin nak masak nasi ayam tapi macam tak cukup bahan .
Ahhhh !! lantaklah . Asalkan menjadi dan ada rasa nasi ayam sudah . tehehhee

Project di dapur bermula .
Dan setelah berpeluh-peluh di dapur,
Akhirnya menjadi jugak Nasi Ayam versi cincai Cybermummy . hahahhaa
*** cincai = asal boleh

Ini lah rupanya ...























Janji anak-anak dengan suami tak komplen .
Kalau komplen ibu mogok setahun tak nak masak :p

Ok lah nak pergi masak .
See u when i see u 
Ta~ta 



P/s : cincai-cincai pun habis nasi seperiuk .hehehe


4 comments:

NzA said...

nza jrg sgt g pasar...dlm sebln agaknya ada la sekali cz tugas beli lauk pauk n brg dapur diambil oleh suami...hi.hi.hi..dasar isteri pemalas nza nie....

Yuni Aisyah said...

wow..dapnyer..dah la tgh lapar..huhu..makin lapar tgk masakn akk nie..

Unknown said...

shikeen,
percaya tak.. sejak dok umah dah hampir 2 tahun ni.. dah tak penah g pasar... apa kes lak nak g pasor kan.. suami kan niaga kat pasar.. so each time kalo tengok brg dapur dah habis, call je en ayah.. tak pun mlm tu buat list siap2 brg2 yg perlu dibeli.. kdg2 g brg kering pun, en ayah yg g beli kat pasar mlm..
sebulan 2 ni, on weekend en ayah bawa anak2 jer g tesco/giant utk beli brg2 rumah yg perlu.. ibunya dok rumah spring cleaning + buat a/c sket + jahit x-stitch sket.. tu la sch sejak bbrp minngu ni..

♥cybermummy♥ said...

nza- wahh best nya ada yg tukang pi pasar . bukan malas tapi manja ;D


yuni aisyah - dik akak dah ambil nanti akak tepek kat blog ye ;)


Kak yong - bertuah badan ,suami keje kat pasar . senang je , tak cukup bahan boleh calling-calling hubby mintak belikan ;)

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)