More Nuff

Showing posts with label Citer seram. Show all posts
Showing posts with label Citer seram. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Misteri ???

Nak citer mengenai budak botak ..
Ia , botak persis macam kepala Homer Simpson itu .






















Ok citer dia macam ni ...
Malam Sabtu yang baru lepas,
I was not in a good mood .

Entah lah kenapa .Tapi rasa macam nak marah orang je lah .

So malam tu , i had difficulties in sleeping .
Suami temankan saya tidur sebelum dia duduk mengadap
Pc sebab nak tengok cerita yang dia dah download .
Tapi lama sangat nak tunggu saya tidur ,
Kesian pulak dekat suami .
Baik-baik dia nak tunggu saya tidur sekali dia pulak yang tidur
dan terus tak dapat nak tengok citer dia tu .
Jadi i told him , "tak apa lah abang pergi lah watch your movie ,
i'll listen to my mp3 nanti lama-lama mesti saya tertidur " .
Sang suami pun pegi lah  keluar dari bilik tanpa menoleh lagi .
ialah nanti kalau toleh sekali isteri bertukar fikiran tak ke haru namanya tu .
muahahhaa..

So dengar lah lagu-lagu from mp3 tu sambil layan blues nak tidur .
Baru je nak terlena , tiba-tiba bunyi bising .
Adalah budak-budak setan nakal mana dah dok main bola and
basikal memalam hari .
Orang nak tidur baru lah dia nak keluar main bola bagai .
Agak nya dia orang ni species " kelawar" . haizz

Baik-baik hanya tak boleh tidur ,
bila budak-budak setan nakal tu buat bising .
Ia kini dah bercampur marah ..
Marah yang teramat sampai saya dok jerit kat mereka suruh diam.
Dah dasar anak-anak remaja yang di tegah tu lah yang dia orang dok buat .
adess..

Untuk mengatasi masalah itu , saya tutup je tingkap .
Sambung balik layan lagu from mp3 .
Entah bila saya terlena pun saya tak tahu .
Saya terjaga sebab dengar ada orang masuk bilik air .
lampu bilik air tutup tapi ada lah cahaya samar-samar dari ruang tamu
masuk ke dalam bilik since sang suami kat ruang tamu tengah layan movies.

Jadi saya tinjau je dari atas katil tengok sape kat dalam bilik air
walaupun dah tau sape .Ini tak ada orang lain mesti Mikhail sebab
dia sorang je yang masih tido sebilik dengan saya .
Yang lain dah tido bilik sendiri .
Tinjau punya tinjau , saya nampak Mikhail berdiri depan mangkuk tandas .
Tapi bila saya pandang dekat lagi satu sudut iaitu tepi basin pencuci
tangan,Saya nampak lagi sorang budak . Sebaya dan sama besar
ngan Mikhail .Saya ingat Syabil . Tapi Syabil tido dengan atuknya
dekat bilik sebelah . Bila Mikhail dah lepas kan hajat nya .
Dia terus je menonong jalan balik ke atas tilamnya.Tarik selimut terus tido .
Saya pulak sempat menoleh nak tengok sama ada budak yang lagi satu
keluar ke tak ?
Rupanya dia masih ada kat situ .Saya pun bangun nak turun dari katil
nak tengok sama ada Syabil perlukan pertolongan ke hapa kan.
Ialah mana tahu sekali dia sakit perut ke atau tak boleh buka paip
air ke ? Tapi bila toleh lagi sekali , budak tu dah ilang .
Ekkk !! tak kan lah Syabil lalu depan saya pun saya tak perasaan .
So pegi lah tengok kat bilik sebelah .Sekali tengok  Syabil dok
sedap tidur berselimut .hmmm... hati dah tak sedap tapi nasib baik
sang suami pun dan puas melayan movies dan dia pun dah nak masuk tidur .
Dia ada tanya saya kenapa saya tak tido lagi ? Saya cakap tak de apa-apa .
Mata belum ngantuk .Saya tak cerita kat dia malam tu .
Esok baru lah cerita . Malam tu saya dok tidur bawah ketiak suami .
Takutttt . huhuhuhu

P/s : rupanya sebelum ni Mikhail ada pernah jumpa .
Tapi tu lain kali lah cerita .

Saturday, March 20, 2010

Betul atau tidak ?

Selamat pagi Jumaat semua .
Alhamdulilah ,
Di pagi Jumaat yang mulia ini ,
Badan-badan yang sakit dah sihat semula .
Begitu juga dengan kepala yang sakit oleh kerana penangan
"Migraine" yang brutal itu . huhuuhuuu

Hari ini saya ada satu soalan yang musykil .
Dan saya mahukan pendapat kawan-kawan semua .

Betul ke kalau makanan di rumah seseorang itu selalu saje basi
walaupun telah di panaskan / hangatkan sebelum masuk tido .
Rumah itu di kata kan berpenunggu atau dari segi kata lain berhantu .













Ye ke ???
So apa pendapat kawan-kawan semua ....



P/s : curious sangat ......



Thursday, November 12, 2009

Sambungan :O ( edited)

Sambungan "citer misteri di rumah cybermummy" : D

Ok , last entry suami dan Mika yang nampak .
Kali ini yang nampak ialah syabil a.k.a billy .

It happen waktu bulan puasa yang baru lepas .
Kami sekeluarga bangun sahur dalam pukul 4.30 pagi .
Saya tak sambung tido after sahur but the rest semua panjat katil semula .
My father sambung baca quran .
Saya pulak kalau tak tido saya suka lah blog walking .
Pegi jenguk-jenguk rumah kawan-kawan sambil tinggal-tinggalkan jejak .
Dalam pukul 5.30 pagi i wake syazza up suruh dia mandi then siap-siap nak
pegi sekolah since bas sekolah datang pukul 6.10 am .
After dia dah pegi sekolah dan yang antar ke bawah rumah ialah my dad
since dia memang selalu pegi morning walk jadi alang-alang dia turun tu
dia antarkan sekali cucunya . Saya pulak sambung keje kat dapur .
Tengah dok sedap jemur baju sambil dengar lagu raya kat radio ,
saya dengar orang panggil saya , ehh !! berderau darah jap  .
Sekali tengok lerr syabil yang panggil.
Dia panggil just to let me know yang dia dah bangun .
Pastu dia masuk dalam semula dan saya sambung balik jemur baju ,
cuci pinggan mangkuk , lap dapur gas . Tengah saya leka buat keje
sekali syabil pegi dapur dan terus tanya kat saya ,

Syabil : Ibu where kak ?

Saya : Kak went to school already.Why ?

Syabil : Ehh !! no lah . Just now i saw kak walking pass your room .

Saya :  No lah . She went to school lah billy .

Saybil : ( dengan nada keras kepala dia )
No!! I saw her walking pass your room .
She's in the toilet is it ? ( sambil berjalan menuju ke arah tandas )

Saya : Billy , you think i'm kidding ekk . She not here lah .
Went to school already ( darah dah up ni ,ibu dia tengah dok buzy
nak abiskan keje rumah dia dok sibuk bertanya sambil marah-marah )

Syabil : ( dah puas check toilet ) Ya lah she not here ,
I thought you hide her ? But i saw her lah ibu .
(masih tak puas hati since dia percaya akan apa yang dia nampak )

Saya : Maybe you are dreaming lah billy .

Syabil : No lah ibu , I was lying on your bed when i saw kak walking past . 
Then i come out because i want to see where she want to go ?
( Biasalah adik beradik pantang nampak salah seorang yang kuar pegi
kitchen ke toilet ke mesti ada yang nak membontot )

Di sebabkan dia masih ragu-ragu dengan apa yang saya bagi tau dia ,
saya pun ajak lah dia cari kak nya satu rumah .
Bagi dia puas hati dia so dia tak lah cakap yang saya sorok kak dia .
Dah puas di geledah semua almari ( sebab kak suka sorok dalam almari )
Jongkok-jongkok tengok bawah katil , pastu check dalam store semua .
Last-last dia garu kepala , pastu tanya saya balik .

Syabil : ehh !! since when haa kak learn magic ibu ? She can vanish so quickly .

Saya : (senyum je , pastu saya tanya dia ) What was kak wearing when you saw her ?

Syabil : Her school uniform lah ibu with school sock some more . Why ?

Saya : Nothing just want to know. Then where are u just now when u saw her ?
(saja je tanya , ialah kalau dia dreaming or mengigau mesti jawapan dia
lain kan , so kira macam test lah ni )

Syabil : ( tarik tangan saya masuk bilik saya ) I lay down here beside ayah
then i saw her walking past .

Saya : ohh !! hmm .. never mind lah . Just forget about it . Billy go back to
sleep lah . Ibu got chores to do .( sambil berlalu ke dapur )

Syabil : ( masih tak mahu kalah and still membebel about the incident .
Sampai lah ayah dia bangun tuk pegi keje . Pastu sambung citer pulak
kat ayah nya dan as usual , ayah kata its just your imagination )

Tu lah dia pengalaman waktu syabil nampak . Actually dari mula kami
pindah sampai lah sekarang ni , the "unknown resident' tu dah banyak
kali dah tunjukan diri . Tapi selalu nya dia merupa seperti one of our
family lah . Dan selalunya kita nampak the " unknown resident " ni
sekali lalu je .

Tapi saya rasa salah kami jugak sebab waktu saya beli rumah ni ,
saya tak bawak both my parents together with us to view the apartment.
Bila transaction of buying the apartment completed , barulah saya bawak
mak saya tengok my apartment . Pastu dia marah kat saya , suruh saya cancel
the transaction of the house . Mana boleh rumah tu dah atas nama saya dan suami
mana lah boleh suka-suka nak cancel . So bila dia dah calm down sikit , saya pun
tanya lah kenapa mak tak suka rumah tu . Dia kata kat luar tingakp dapur rumah saya tu
ada pokok bunga tanjung dan orang-orang tua percaya yang pokok tu adalah tempat
mahluk halus tinggal . Entah lah saya pun tak tau  .Kalau kami  tak percaya ,
saya sekeluarga dah kena. Kalau percaya pulak nanti orang kata kurafat pulak .
Ishh !! entah lah . Tapi yang penting kami semua berserah pada Allah . Segala yang
baik datang dari dia  , betul tak .

Ok ni saya serta kan gambar pokok bunga tanjung yg ada kat belakang kitchen saya .






























So sekarang hubby ajak saya cari rumah baru . hehehee
Hubby kata tak mau anak-anak jadi trauma kalau ternampak
benda-benda ni . Ni masih dia merupa kami , kalau dia tunjuk rupa
sebenar? Subahanallah jauhkan lah ...


P/s : Saya sebenar nya dah lali nampak budak-budak kecik lari -lari depan
pintu bilik saya masuk bilik anak-anak . Lebih-lebih lagi kalau kita tengah
leka tengok tv bila semua orang tido . Lagi menjadi-jadilah dia
lalu- lalang depan pintu bilik saya .







Wednesday, November 11, 2009

: O

I think i had written here before about my apartment
having a "unknown resident". Selalunya yang "nampak" hanya lah saya dan
jugak anak-anak. Jadi bila bagitau kat suami mesti dia kata
" alah imaginasi awak dengan anak-anak saje "

So on Monday yang baru lepas ni adalah hari bertuah suami .
He saw the "unknown resident" : D
Dia sebenarnya tengah bersiap nak pegi keje dan saya masih berlingkar
atas katil : p. Ialah saya panjat katil semula after Syazza pegi sekolah : D
My dad went for his morning walk and the three boys masih tidur .
So tengah - tengah suami bersiap , si Mika terjaga .
Dan memang rutin dia setiap hari , dia akan pergi bilik sebelah nak check
sama ada abang-abang dia dah bangun ke belum . Bila dia masuk bilik
abang-abang dia , he was disappointed sebab abang-abang masih tido .
Jadi dia lepak-lepak dengan ayah nya sambil teman ayahnya bersiap .
Tengah Mika dok asyik bercerita dengan ayah nya .
Tiba- tiba saya dengar Mika panggil
"billy ..billy" ( nama timangan Syabil kat umah ). Dalam hati , saya kata " alamak dah bangun pulak dia punya "partner in crime " . Ialah kalau"partner in crime"  dah bangun maknanya tamat lah time untuk saya melingkar atas katil : D

Since ayah pun nampak yang Syabil dah bangun , dia pun sibuk-sibuk lah
ikut Mika pegi bilik abang nya . Ehh !!! sekali tengok Syabil tengah sedap
tidur dalam pelukan abang dia .Pastu sape pulak yang
ayah dan Mika nampak ? Mula-mula ayah nya ingat yang syabil saje
je nak kena kan ayahnya dan Mika . Eksen - eksen tido , jadi ayah pun
cuit-cuit lah syabil tu tapi dia tido je tak gerak-gerak .
Makna nya dia tido betul-betul lah bukan olok-olok . Kalau nak kata dia
pura-pura tido pastu terus tertido pun tak masuk akal jugak sebab jarak bilik -bilik
kami bukan lah jauh sangat . Dan lagi satu , syabil bangun pukul 8.30 pagi on that day .
Setengah jam selepas ayahnya keluar pegi keje . Jadi cam mana tu pura-pura tido ?
( ok here is the layout of my home )





















Haa , tengok tu mana lah jauh jarak bilik atuknya dengan bilik dia orang .
Tak sampai seminit boleh terus tido ke . Pelik kan ?
And one thing the "unknown resident " yang suami saya nampak tu ,
pakai baju sama dengan yang si syabil pakai  jadi mana tak nya hubby kata
dia nampak syabil and so does Mika . Kalau tak , tak akan lah si Mika beria-ia
berkejar pegi bilik sebelah kalau yang dia nampak tu bukan serupa dengan abangnya .

Lagi satu incident happen during fasting month yang baru lepas.
Tapi kali ini yang nampak syabil but next time lah saya citer ok .
Penat dah ni tangan menaip : p

So see u again in the next series of  " cerita misteri di rumah cybermummy " : p

Ta~ ta

P/s : sape nak saya sambung citer ni angkat tangan . : D


Thursday, July 30, 2009

Kisah Benar 2 ~

Makcik saya pun apa lagi time tu jugak call my mum . Bagitau yg ada sorg pakcik sanggup nak ubat saya . Mula2 mak saya nak gi hari tu gak tapi saya cam tak larat nak jalan . Padahal umah pakcik tu ngan umah saya tak jauh selang beberapa block je . Seminggu jugak lah sessi nak gi jumpa pakcik tu tergendala di sebab kan sakit saya . Pakcik tu keep on calling my makcik suruh cepat dtg sbb dia tak nak penyakit saya bertambah buruk . So one day my mum kuat kan semangat bawak saya gi jumpa pakcik tu walaupun saya dok merengek2 yg saya ni sakit tak larat nak jalan gi umah pakcik tu . Nak sampai umah pakcik tu kita org amik masa dekat satu jam baru sampai. Apa tak nya , saya jalan beberapa langkah pastu saya ajak mak saya duduk . Rasa cam berat dan tak larat nak melangkah . Saya bukan hanya duduk tau tapi siap baring lagi atas kerusi batu kat bawah block . Tapi akhir nya sampai gak saya kat depan pintu umah pakcik tu .

Kedatangan kami di sambut oleh isteri pakcik tu . Dia org duduk berdua je sbb anak2 dia org yg lain semua dah berkeluarga and ada umah sendiri .
Mula2 saya tak nak masuk . Saya dok berlegar2 kat luar je . Saya rasa cam panas nak masuk umah pakcik tu . Padahal family yg lain semua dah masuk dalam . Tinggal mak saya je yg masih kat luar sbb pujuk saya . Last2 pakcik tu panggil saya masuk . Bila saya dengar suara pakcik tu terus saya masuk . Mcm gerun bila dengar suara dia . ( all this while waktu saya sakit , saya cam ingat2 lupa sometimes saya cam confused . Otak saya blank tak leh fikir )


Time saya masuk umah dia saya rasa cam gelap je .
Pakcik tu tak lah terus ubat saya .
Dia dok sembang2 ngan family saya dulu .
Dan selama dia dok bersembang mak saya kata saya gelisah sangat duduk tak leh diri tak leh .
Semua serba tak kena . ( ni mak saya kata . Kan saya dah kata yg saya ni ingat2 lupa time saya sakit . Ada masa saya cam tak leh kawal diri saya )

Dah puas dia dok bersembang ngan family saya baru lah dia mula berubat .
Waktu ni saya tak berapa ingat . Sbb saya rasa confused , blank . Tau2 je saya dah sampai umah.
Yg ni mak saya citer bila saya dah sembuh sepenuh nya .
Mak saya kata yg waktu saya ada kat sana . Saya cam bukan saya . Melilau sana sini . Tak leh duduk . Mak kata ada gak dia dok tarik tangan saya suruh saya duduk tapi saya tak nak . Pakcik tu kata jgn paksa biar je saya camtu . Waktu pakcik tu berubat mak kata saya bertukar jadi garang . Siap maki hamun pakcik tu . Tapi pak cik tu relax je . Pastu dia bagitau parents saya yg benda yg dok lekat ngan saya selama dua bulan ni ada kat luar tak leh masuk . Sbb umah dia dah kena pagar ngan ayat2 AL-Quran . Tu yg saya dok mcm cacing kepanasan . Dia pesan kat parents saya kalau apa2 terjadi mlm nanti cepat call dia . Nanti dia dtg umah saya .


Sekali mlm tu saya mimpi yg saya jumpa satu ppuan . Ppuan tu berambut panjang and rambut dia tutup muka dia so tak leh lah nampak rupa dia . Dan dalam mimpi tu dia dok mintak saya ganti sesuatu . Tapi saya cam tak faham . Sepanjang mimpi tu dia asyik mintak ganti je . Tapi tak pulak cakap mintak ganti apa ? Esok nya saya bagitau mak saya mengenai mimpi pelik saya tu .
Mak saya pulak call lah pakcik tuk citerkan mimpi aneh tu . Pakcik tu kata tak pe mlm nanti dia akan cuba perang ngan mahluk tu . Dan dia bagitau mak saya yg saya akan saksi perang tu dalam mimpi saya . Mula2 saya cam nak ketawa bila mak saya bagitau mengenai "perang " tu .


Tapi betul lah dengan izin Allah mlm tu saya mimpi akan petempuran pakcik tu ngan mahluk yg dtg kat mimpi saya malam kelmarin .
Rupa2 nya mahluk tu ada lah jin atau panggilan glamour ada lah " kak Pon " Dan benda yg dok dia mintak ganti ada lah anak nya yg saya dah terpijak sampai mati waktu saya jalan tuk duduk kat bangku bawah pokok besar dekat ngan sekolah saya tu . (Wallahua'lam )


Esoknya pakcik tu dtg umah saya . Dia ada suruh bapak saya beli paku sampan . Rupa paku tu mcm paku biasa cuma lebih besar sikit dan di buat daripada tembaga . Tapi ujung dia tak lah berapa tajam . Susah jugak nak cari paku tu sbb kat Singapore mana lah ada org yg buat sampan lagi . Tapi ngan izin Allah dapat jugak cari paku tu . Pakcik tu suruh bapak saya pegi paku pangkal pokok tu ngan paku tembaga tu dan satu lagi paku kat atas pintu utama umah saya .
Waktu bapak saya gi paku pokok yg kat sekolah saya tu . Hari dah dekat tengah hari . Lepas je dia paku dia pun balik umah . Sampai umah dia terperanjat sbb i was in hysterical . Tengah dok terpekik2 kata bapak saya . Sampai mak saya pun takut nak dok dekat saya . Jadi nenek saya lah yg ambil alih . Pakcik tu pun mula lah sessi ubat lagi . Ni kali dia nak hapus habis mahluk tu .
So saya pun galak lah meraung melalak . Part ni saya cam ingat sikit2 sbb waktu saya tengah dok nangis tu saya ada kata kat mak ngan nenek saya yg saya tak mo nangis tapi saya nangis jugak . ( bila saya tanya mak saya ada tak saya cakap camtu waktu saya sakit dia kata ada )


So akhirnya ngan izin Allah , saya sembuh .
Saya dapat kesekolah semula .
Dapat meduduki peperiksaan akhir .
Lulus dengan baik padahal saya masuk sekolah semula dekat lagi dua minggu nak exam .
Dapat masuk kelas English Literature sbb lulus ngan cemerlang dalam bahas inggeris .
Tapi yg amat sedih sekali ,
Pakcik yg ubat saya tu meninggal dunia dua hari selepas mengubat saya dan isterinya menyusul seminggu kemudian .
Arwah nenek saya pulak menyusul mereka seminggu selepas tu .
Saya kehilangan semua org yg saya kasihi dalam berapa minggu je .
Ada org kata mungkin mereka meniggal dunia ada kaitan ngan " sampuk " saya .
Sbb benda tu ada mintak ganti .
Tapi bagi kita berugama islam mana boleh percaya dengan kuasa mereka sbb kuasa Allah lebih hebat lagi .
Yg lebih tepat ialah masa mereka dah sampai untuk kembali pada Allah SWT .

Lagi satu nak citer , bapak saya ada citer yg waktu dia gi paku pangkal pokok tu ada sorg cina tanya bapak saya buat apa . Bapak saya pun citerlah apa yg berlaku . Pastu cina tu kata yg sebenarnya ramai dah budak2 sekolah yg kena " sampuk " bila lalu kat pokok tu .Dan sekarang pokok dekat sekolah saya tu dah tak dah . Dah kena tebang untuk upgrading estate perumahan tu.

Saya tak citer kan kenapa pakcik tu beria2 benar nak ubatkan saya .
Ini adalah kerana isterinya yg beria2 nak dia tolong saya sbb dia tak nak saya menderita mcm anak perempuan yg meninggal dunia di sebab kan "sampuk "
Dan waktu tu dia tak berupaya untuk selamatkan nyawa anaknya sbb dia tak berilmu.
Kurang ilmu Allah . Tu yg dia bertekad tuk dalami ilmu Allah supaya dia dapat menolong org lain yg dalam kesusahan mcm parents saya dan jugak saya .
Dan selama dia mengubat saya tak pernah dia meminta bayaran walaupun bapak saya ada beri sedikit sumbangan untuk dia suami isteri secara ikhlas. Itu pun dia tak ambik .
Waktu saya dah sembuh dari sakit tu kan . Dia ada kata yg dia dah anggap kami semua sebagai family dia dan dia naggap saya mcm anaknya . Tapi apa kan daya kami tak dapat nak panjangkan siratulrahim itu dengan pakcik dan isterinya sbb mereka dah pergi menghadap illahi.


P/s : Sejak saya sembuh , saya dapat satu kebolehan . Tapi kalau boleh saya tak nak kebolehan tu sbb ia menghatui hidup saya . Yg ni lain kali saya citer. blogger-emoticon.blogspot.com

Kisah benar ~

Hi friends ,
Hari tu saya kan ada citer pasal "nenek keropok " .
As usual lah ada yg percaya ada yg tak kan .
Tapi kita tak leh nafikan yg mahluk halus ni ada di muka bumi ni .
Hidup bergandingan ngan kita .
Cuma kita je tak nampak mereka .


Yg saya nak citer ni adalah pengalaman saya sendiri .
Saya pernah kena "sampuk" waktu saya masih sekolah dulu .
Waktu tu dalam taun 90an and i was in Sec 2.
Time tu sekolah masih dua sessi lagi .
Jadi Sec 1 ngan Sec 2 di sessi petang .
And on that faithful day ,
I had a CCA ( Curiculum Activity )
Saya ni adalah sch librarian ( ialah since i love reading books kan )
I had a group of friends yg amik sama CCA .
Jadi kita org selalu lah tunggu each other kat luar sch gate sblm masuk sekolah.
Kata BFF so mesti lah buat benda semua sama2 blogger-emoticon.blogspot.com


Entah cam mana hari tu saya sampai awal .
Yg lain lum sampai lagi padahal dia org tinggal lebih dekat ngan sekolah dari saya .
So saya amik port lah duduk kat satu bangku bawah satu pokok besar yg agak rendang jugak .
Ialah tengahari kan panas . Tu yg amik port kat situ .
Tak lama camtu semua BFF saya sampai .
So kita semua masuk sekolah . As usual lah kita org ni kalau jumpa riuh sekampung . Bising tahap maximum punya . ( miss my sch daysblogger-emoticon.blogspot.com )


Waktu CCA semua nya berjalan lancar tapi bila nak masuk sessi sekolah je .
Saya dah mula rasa tak sedap badan .
Mula2 cam biarkan tapi lama2 cam tak leh pulak .
Perut saya sakit mencucuk- cucuk .
Akhir nya saya give up .
So call my parents and they came to sch to pick me up .

Sampai umah badan terasa penat sangat .
Perut jgn cakap lah sakit nak mampus .
Malam tu my parents bawak gi hospital since dia org tak sampai hati tengok saya sakit macam tu . Kat hospital saya kena buat pemeriksaan rapi . Tapi doc kata tak de apa2 .
But i was warded for three days so that dia org boleh monitor my condition .
After three days , i went back home and start sch the next day .

Yg pelik nya , waktu bersiap pergi sekolah i don't feel anything , tapi bila saya melangkah keluar pintu je , sakit perut tu dtg balik . Jadi hari tu tak jadi gi sekolah . Duduk umah lagi berehat kat mak saya . Next day nak gi sekolah , the same thing happen . Dah mula lah my parents fikir yg saya buat alasan sakit perut sbb tak nak gi sekolah . Sesaja nak ponteng . And me being emosi ,
satu hari tu sakit2 pun saya pegi sekolah . Ialah nak tunjuk kat my parents yg saya ni genuine nak gi sekolah bukan buat alasan . Berpeluh2 saya tahan sakit perut on the way gi sekolah . Sampai org dalam bas ada yg tanya if i'm ok . Sbb dia org kata saya look pale .

Sampai sekolah perut masih sakit tahap gaban nya . Tak leh tahan tapi tahan jugak . Until cikgu saya yg call parents to take me home .
During that time my late grandmother was living with us .
And she knew a little about this supernatural lah .
At first my father does not believe about all this mambo jumbo stuff when she told him that maybe i had offended this unseen force .

My grandmother pernah tau hangat kan anak batu lesung pastu dia bungkus ngan kain dan tuam kat perut saya and tiba2 anak batu lesung tu patah dua . And according to what people say its a bad omen . But time tu saya ni masih ignorant teens . So tak peduli lah sbb saya masih menahan sakit yg teramat sangat . Tapi bila bapak saya dah nampak all that had happen , he instructed my mum tuk cari anyone yg boleh ubat penyakit yg berkaitan ngan supernatural ni .


So ada satu family members yg syorkan berubat ngan sorg pakcik yg tinggal kat
" Taman Jurong " .
Dia dtg waktu tu hari biasa sbb saya kan tak sekolah sbb sakit and my dad amik cuti on that day.
Sekali bila dia dtg , saya kenal dia daaa . Dia actually my primary sch gardener . Tapi waktu dia ubatkan saya , dia dah pencen . So ubat nya ubat , dia kata saya terlanggar benda . Dia ubat guna ayat Al-quran ngan lada hitam yg dia buat tuk letak kat ujung ibu jari saya je . Tapi waktu dia letak tu , saya rasa sakit kat ujung ibu jari tu padahal dia tak picit pun . Lepas sessi ubat tu dia ada bagi air untuk mandi dan untuk minum .

The first week tu , saya rasa sihat . So bagitau kat mak yg saya nak mula sekolah semula . Since saya dah tak sekolah dalam sebulan gitu . So semangatlah nk gi sekolah . Tapi mcm saya kata bila niat kat hati je nak sekolah mesti sakit dtg semula bila saya melangkah keluar .

So i'm back at square one . Sakit balik . My parents bukan hanya berikhtiar cara tradisional tapi cara modern jugak . Sampai ada satu doc cakap yg saya ni ada psychology problem . Dia kata saya sengaja fake my sickness sbb tak mo sekolah .

Saya tak sekolah lagi sbb sakit yg tak mengizinkan saya sekolah . Padahal time tu saya dah risau sangat sbb exam akhir taun semakin hampir . Tak mau lah saya nak repeat2 sec 2 kan . Nanti BFF saya semua naik Sec 3 saya sorg aja yg masih Sec 2 . Time tu tak leh imagine . Siap nangis hari2 sbb nak gi sekolah . My dad pulak setiap dua minggu gi sekolah sbb nak explain kat principal about my condition . Selamatlah dia faham sbb hubby dia seorg '" Pastor " so dia faham mengenai supernatural ni . My principal kata ubat kan saya sampai sihat jgn risau mengenai sekolah sbb dia tak kan buang saya dari senarai sekolah .


Org kata kalau belum sampai jodoh tuk bertemu ngan ubat yg serasi ngan kita selagi tu lah kita susah nak sembuh . Dah mcm org dah family saya bawak jumpa untuk berubat . Ada yg dtg dari malaysia pun ada gak . Tapi sembuh nya tak jugak . Waktu tu saya dah jadi kurus dah . Apa tak nya selama sakit dua bulan tu saya hilang 20 kilo . Tak yah nak diet2 .


Tapi syukur pada Allah SWT , sbb temukan seorg pakcik ni ngan makcik saya dan pakcik ni lah yg telah berusaha untuk sembuhkan saya . Sebenar nya pertemuaan ngan pakcik ni pun tak di sangka2. Wak saya iaitu adik pada bapak saya telah pergi berjumpa ngan pakcik tu sbb nak ubatkan kaki anak dia yg selalu sakit .Ialah mana tau dia terpijak entah apa2 kan . So sambil dia mintak pakcik tu ubat kan anak dia aka cousin saya tu . Dia mintak tolong tengok2 kan saya . Mak cik saya kata lah yg saya sakit dah dekat dua bulan . Pakcik tu pun tengok2 kan saya ( secara batin lah ) terus dia kata kat makcik saya suruh bawak saya dtg umah dia . Jgn lengah2 lagi sbb penyakit saya dah teruk . ( cousin saya yg ni adalah salah seorg BFF saya masa kat sekolah dulu )


Sambungg ...

Monday, July 20, 2009

Nenek kebayan ke tu ~




Hi happy Mondays to all of u .
Untuk org yg bekerja selamat bertugas .
Dan untuk ibu2 yg dok umah mcm saya
selamat memulakan tugas rumah yeeee .blogger-emoticon.blogspot.com



Ni haaa saya nak citer cikit ,
Last weekend ,
Kat sini ada satu citer panas yg terjadi island wide .
Kata nya ramai yg dah dapat sms supaya berhati2 dengan kunjungan seorang nenek .
Org kata nenek tu datang umah org dengan alasan untuk menjual barang dagangan nya .
Nenek tu jual keropok dan kuih tradis




( cam ni ke rupa nenek tu )


Tapi yg tak best nya ,
Kalau kita tak nak beli dari dia ,
Nenek tu akan pukau org tu sampai org tu beli sebanyak yg dia mampu pastu barang yg dia beli
tu tak leh makan sbb benda2 tu dah rosak dan berbau busuk .
Lagi satu versi pulak ,
Kalau kita tak nak beli nenek tu akan lepas kan Pontianak yg dia bela kat dalam umah org tu dan
buat kacau ?
Entah lah betul ke tak citer yg tengah dok circulate ni .
Tapi yg pasti saya lebih berhati2 .
Ye lah kita bukan tau niat org2 ni kan .
Sbb ilmu2 hitam mcm ni masih wujud walaupun dunia dah modern .

Kalau dulu , ujung taun 90an ,
Kecoh ngan citer antu kum-kum .
Yg dahagakan darah anak dara .
Sampai kan mak saya sanggup tunggu saya balik keje walaupun waktu
dah kul 11 mlm .( tima kasih mak )
Skrg pulak kuar citer nenek kebayan dengan pontianak belaan nya pulak .


P/s : Takut jugak kan . Walaupun kita tak sepatut takut ngan dia selain Allah ,
Tapi saya ni manusia biasa je dan saya tak de ilmu yg boleh menahan dari kuasa ilmu jahat dia .
Tapi yg penting berserah pada Allah saja . Yg baik datang dari dia dan yg jahat datang dari alpa diri sendiri .

Friday, June 26, 2009

Nasib baik tak jumpa ~

Bila baca balik entry yg lepas2 ,
Especially citer pasal pengalaman seram tu ,
Tiba2 teringat ada satu citer yg saya alami waktu mengandung anak sulung .

Nak jadikan citer ,
Ada satu weekend tu my auntie ada buat kenduri arwah masa tu dah nak sambut bulan
Ramadan . So i was about 7 or 8 month pregnant .

During that time i move back to my mum place since kat umah saya sendiri saya selalu sorg2
Sbb hubby waktu tu keje shift ( hubby dulu Polis ).
Kenduri tu di ada kan kat Bukit Panjang , dekat ngan satu taman ada tasik kat situ and the block was facing that taman .

Waktu pegi tu we all meet kat my sister place kat Bukit Panjang jugak tapi kat Senja Rd but now she does not live there anymore . So yg pegi ialah my mum , myself , two of my elder sis and her two children .
Kita org kat my auntie place sampai mlm about 11 plus . Biasa lah kalau my mum dah jumpa family dia
kalau boleh dia nak bermalam kat situ sbb mcm2 nak catch up dari citer dalam negeri hingga luar negeri semua dia org citer pucca_love_13


If i not mistaken kita org bergerak balik dalam kul 11.30 mlm .
Mula2 nya plan kita org nak lepak lagi kat umah my elder sis yg ada anak tiga tu ( tapi dia bawak gi kenduri dua je sbb yg lagi satu teman bapak dia kat umah )
Bila dah sampai bawah block my auntie tu , my mum ada rasa tak sedap ati sikit ,
So dia decide nak ajak saya balik terus , balik naik teksi .
At first my sis tu insist lah yg kita org balik umah dia dulu but my mum berkeras nak balik time tu jugak . Jadi my sis pun mengalah lah . Saya and my mum balik terus .
My two elder sis and her two children ( kakak saya yg lagi satu tu tak de anak ) walk back home.
Umah my sis dekat je ngan umah auntie saya walking distance je . My other sis nak balik Yishun kata nya hubby dia nak amik dia kat umah kak saya so dia ikut lah kak saya balik .

On the way balik tu dia org biasa lah gossip2 .
Nak sampai block my sis tu , dia org kena lalu carpark ,selalu nya jln ikut carpark tu lah tapi hari tu my sis ajak jln bawah block .
Pastu dia cakap lah kat kak saya lagi satu ,
"Mah atas ni umah mak ngaji aku , dia ajar ngaji bagus tau , cepat hafal surah .Engkau kalau nak leh kita ngaji sama "
Sedang tengah borak tu ,
Tiba2 anak sedara saya yg lelaki( time tu umur dia dalam tiga taun) .
Dia dok pandang kat satu sudut tepi block tu .
Mula2 kak saya tak perasaan tapi bila anak ppuan dia ( time tu umur dalam 11 taun ) tanya dia .
" Mak apa tu kat bawah lampu tu ? "
Yg si mak ni mcm iritate lah sbb kacau dia dok sedap bergossip ngan kak saya .
Dia kata apa yg ada ? kat mana ?
So anak dia pun tunjuk . ( jarak lampu tu ngan tempat dia org jln tu tak jauh dalam 20 tapak )

Huiiih!!! terperanjat beruk kak saya .
Tau tak apa dia org nampak .
Betul2 kat bawah tingkap umah guru ngaji kak saya tu ( umah dia kat tingkat dua je)
ada " pocong "dok duduk mencangkung kat situ .:takot:



( macam ni ke rupa pocong - gambar ni google je )

Dia org semua nampak .
Siap berbungkus ngan kain tapi muka tak nampak sbb lampu yg tempat pocong tu mencangkung warna ny kuning .
Apa lagi mengigil lah dia org tapi kak saya yg ada anak tu dia ni kuat semangat sikit sbb dia ni org kata ada mata halus ( alah org yg leh nampak benda ghaib ni ) dia dah leh nampak sejak dia anak dara lagi ..
So kak saya yg sorg lagi tu tak de pengalaman nampak benda2 camtu .
Kak saya cepat2 tolak anak2 nya jln depan tapi biasa lah budak2 asyik nak toleh belakang nak tengok benda asing tu .
Selamat si pocong tu tak sakat dia org kalau tak ,tak tau lah apa jadi .pucca_love_13

Tapi yg kelakarnya kesian , kak saya yg dok kat Yishun tu hubby dia tak jadi nak amik so dia kena balik sendiri .
Yg tak masuk akal nya tu dia nya blur confused dia gi naik Lrt pastu naik MRT bukan nya nak naik teksi ke hapa.
Dah tentu lah sunyi sbb dah mlm .
So dia citer yg dia masuk kan duit kat machine beli ticket tu , tapi duit tak masuk2 semua jatuh kat lantai . Apa tak nya mengeletar seluruh badan .
Sampai demam kak saya tu .pucca_love_13

Kak saya ngan anak2 dia sampai umah je si anak dah dok citer kat bapak dia apa yg dia org nampak .
Yg si bapak pulak terus turun bawah nak pi carik . Apa dia ingat cam carik gangster ke yg dok kacau family dia ... weiiii !!! tu pocong lah bukan gangster . Kalau gangster mungkin masih lah leh nampak kalau dia org jln kalau lari mungkin pun tak leh jumpa .Apa kan lagi pocong ...huiiii !!!! dia leh ilang cam tu je tapi sampai skrg cam terfikir2 , apa ekk! abang ipar saya nak buat kalau lah mlm tu dia dapat jumpa si pocong tu :ha?:
Mungkin dia nak ajak pocong tu bukak geng , geng 606 mcm citer pendekar bujang lapok , cobaan . blogger-emoticon.blogspot.com



Next day kak citer kat my mum ,
tu yg my mum cakap selamat tak ikut jln balik kalau tak ,
tak tau apa jadi kat saya yg tengah sarat mengandung anak sulung .
Syukur alhamdulilah Allah lindungi saya .

Bila kak saya pindah dari situ dalam taun 2002 ,
Lagi mcm2 citer jadi kat kawasan situ .
Jiran dia aka kawan baik dia anak dia kena kacau ,
Pontianak masuk umah dia , mula2 dia ingat mak dia balik ngan bapak dan adik dia .
Rupanya si kak ponti yg dah dok ketuk umah dia bila dia jenguk kat tingkap , nahhh !!!! sekali muka dia dah , apa lagi histeria anak dia . Waktu dia balik dia jumpa anak dia menyorok dalam kabinet dapur .. Cian kan .
Yg lagi satu jiran dia ( ni semua satu tingkat ngan dia dulu ) Pocong masuk umah dia .
Dia masuk bilik tau2 je pocong ada dok kat dalam bilik tu dekat ngan tingkap bilik . Satu family lari kuar umah takut, sampai pintu umah pun tak kunci . Tak duli dah sama ada pencuri nak masuk ke apa .
Yg dia org tau lari dari pocong dulu .:takot:




P/s : Org kata kalau dapat tangkap pocong boleh dapat harta karun .Betul ke ?
Ada sape2 yg berani nak cuba ? blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, June 12, 2009

Pengalaman Seram Part 3 ~

Citer ni pulak saya kena waktu melahirkan anak yg bongsu ...
Mikhail lahir tak cukup bulan ..
He was born at 32 weeks ..
Tapi berat badan sama cam org lahir cukup bulan ...
He was 3.2 kg dan paling besar kat IIcu tu ( Intensif infant care unit )
Dia sihat cuma tak pandai nyoyot puting untuk minum susu ..
so kena guna feeding tube ..


One day before he was born ,
Saya gi check up mcm biasa lah ..
No kencing manis or darah tinggi ... ( cuma anak2 memang lahir besar )
Yg pelik nya saya ni tak tau pun saya ada contraction ( last rasa contraction taun 2001 time lahir kan anak yg pertama , (Yg lain elective c-section )
So bila gi scaning tu Doc dah detect ada contration ...
siap dia tanya " Did u know that u are having a contraction ?"
Saya kata kat Doc " are u sure but i feel fine ..accept for alittle discomfort in my tummy "
Betul tu je yg saya rasa ,
saya ngan hubby siap planning lepas check up nak gi Little india nak makan bryani ikan ...
Hhehe ..tapi nampak nya tak dapat lah sbb saya kena admit by Doc order ..


So hubby admit kan saya and he went home sbb nak antar israfil balik umah ...
But sempat bagitau hubby tak yah dtg balik sbb saya rasa i'm not going to give birth yet ..
Ialah Due date lambat lagi ...
Tapi sape lah saya nak melawan kehendak allah ...
Esok pagi saya selamat melahir kan Mikhail pada pukul 6 pagi through c-section ..
Time ni hubby masih berdengkur kat umah lagi ...
Saya sempat call dia before kena tolak masuk operating room ..
Dia leh terperanjat bila saya kata " bang saya nak gi beranak ni "
Dia leh kata " haaa !! beranak ? kul berapa ni skrg "
Huhuhu...saya sakit satu mlm abang leh tido nyenyak cissss !!!!


Lepas semua tu selamat saya di tolak masuk ward ,
Infront of my katil tu ada sorg budak remaja ppuan ..
Baru melahirkan jugak but dia dah sihat lah ..
So that night waktu saya tido tiba2 saya terjaga ..
Lampu ward dah dipadam kan oleh nurse ..
nampak cam samar je dalam ward tu sbb lampu depan nurse station on ..
Bila saya tengok katil depan saya tu ,
Budak ppuan tu dah tido ..
Tapi yg pelik nya ,
Sebelah katil dia tu ada sorg nenek tengah duduk sambil tengok kan dia ..
Nak kata family dia tak jugak sbb mana boleh org luar duduk bermlm kat situ ..
Sbb ni kan ward bersalin bukan ward kanak2..
Yg pelik tu nenek tu pakai kain batik and baju kurung siap bersanggul lagi ..
Style lama lah nenek skrg mana de pakai cam tu lagi ...
Saya biarkan je lah ,
Nak gi check saya lum boleh bangun dari katil lagi ...
so tengok dari jauh ..
Tapi yg paling pelik lagi ialah bila saya nampak bayangan sepasang kaki kat cermin tingkap
Actually tingkap kat ward tu semua nya bercermin ..
Dari atas sampai bawah dan memang tak de langsir or whatever ..
Leh nampak main road dari ward tu ..
So sambil2 baring tu leh lah tengok pemandangan luar ..
Ok back to the story ..
Kan saya kata tadi lampu kat station nurse tak off kan ..
So leh lah nampak sesiapa yg ada kat luar pintu tu since dia org memang tak kasi tutup pintu tu kan ..
yang menyeramkan ialah saya tak namapk sesiapa pun kat luar pintu tu ...
Cuma nampak bayangan kaki je org nya tak de ...
Jadi dari saya nampak benda yg bukan2 lagi ...
Saya pun tutup je lah mata sampai esok pagi ..
HUhuhuhu...

Actually kat labour room lagi saya dah kena ..
Kat labour room kan kita sorg je atau pun ada patient ngan hubby lah ..
Nurse masuk sekali sekala tuk check ..
So waktu saya tengah menahan sakit ,
Saya dengar org main air kat toilet ..
Jap2 dia masuk toilet then tutup pintu kuat2..
pastu dia flush toilet ..
Berkali2 benda tu buat ..
Sampai saya cakap kuat2 kat dia " nak masuk toilet masuk lah ,asal jgn kacau akau sudah "


Lepas lima hari kat hospital saya di benar kan balik ..
baby tak leh balik sbb dia belum pandai isap susu masih guna feeding tube ..
Hubby dtg sorg je time amik saya balik ...
Anak2 Mil yg jaga kat umah ...
So bila saya sampai umah anak2 xcited ,
Ingat bawak baby sama tapi hampa baby tak leh balik ...
Mlm tu sebelum maghrib israfil dah mula meragam ..
Tak mo duduk sendiri nak dukung ngan ayah or Mil ...
Dia tak mo tengok muka saya ..
Bila saya dekat dia dok meraung ..
Dia sembunyikan muka dia kat leher ayah nya...
Saya pegang je dia menjerit ..
Mcm nampak hantu ..
Mlm tido pun tak mo tido ngan saya padahal sebelum ni dia lah yg dok tido bawah ketiak saya ..
Dia mcm tu for almost tiga mlm ..
Asal nak maghrib je dia buat perangai ...
Ayah tak leh buat apa pun masa tu ..
Dia nak kat badan je ...
Sampai tido mlm pun atas badan ayah ..
Kesian tengok hubby penat sangat ..
Ialah tak leh tido ngan selesa ...
So kita org pun mintak tolong ngan my MIl ..
Cari kan org yg pandai ubat kan anak2 ..
Ada lah satu mak cik ni ,
Mil dah lama kenal , dia lah yg ubat kan dari jarak jauh lah ..
Dia tak dtg umah sbb dah mlm ..
Mak cik tu kata ada tiga ekor jin yg dok ikut saya balik dari hospital tu ..
Satu dok belakang saya yg lagi dua ada dalam bilik anak2 ..
Patut lah israfil tak moo tengok muka saya ...
Huiii !!! meremang bulu roma dengar camtu ...
So dah makcik tu ubat kan dari jauh baru lah israfil nak tido kat bantal sendiri kalau tak badan ayah lah yg jadi tilam dia untuk tiga mlm yg lepas ..


Esok nya Mil bawak air yg makcik tu dah doa kan ,
Bagi israfil minum and mandi ,
Pulih kan semangat dia ,
Jin2 yg berkeliaran tu makcik tu dah tangkap or halau ..
Dia kata hospital kan memang kotor ...
Lagi2 tiap2 hari and masa org give birth ,
Dan ada yg tak jaga kebersihan waktu buang tuala wanita tu yg benda2 mcm ni suka ..
Ialah kita org islam di ajar sejak kita dtg uzur ,jaga kebersihan tapi org bangsa lain ,
Main buang je ...


Tu lah pengalaman saya ..
Sebenarnya kita ni mesti lah belajar sikit2 cam mana nak buat bila anak2 kita kena camtu ..
Tapi biasa lah org zaman skrg mana nak dengar org tua nasihat ..
Dah kena cam saya baru kelam kabut mencari org nak ubat kan anak ...
so skrg ada gak lah petua and ayat2 yg kami anak beranak amalkan ...

P/S : sebenarnya banyak lagi pengalaman saya tapi mostly involved my children lah ..
maybe next time lah sambung ..hehehe

Thursday, June 11, 2009

Pengalaman Seram Part 2~

Ok ni sambungan citer previous entry ...


Taun 2005 we all pindah umah baru ..
Around the same area tapi jauh sikit lah ...


Waktu sebelum pindah we did some cleaning up of the house ..
My dad did the cleaning sbb time tu saya dalam pantang ...
And hubby working biasa lah keje shift kan tak tentu masa ...
He clean up the house and also sprinkle air yasin yg dia buat one night before ...


History umah tu actually belong to a chinese couple before being sold to a house renting company ..
So since tak de yg nak rent umah tu lagi ,the company decided to sell the house ..


Back to the story ...
Waktu baru berapa hari pindah situ tak de apa yg berlaku ,
One night hubby kena keja mlm ,
As usual saya tinggal lah ngan anak2 je ...
Anak2 tido bilik sebelah , bilik lagi satu kosong , me and my newborn baby that is israfil ,
tido kat my room ..
Saya ni kalau hubby keje mlm saya tak boleh tido ,
Dah subuh baru leh tido ,
Jadi mlm tu cam biasa lah saya tak leh tido ...
anak2 semua dah tido ,
Saya pun tengok tv ,
tengah2 tengok tu saya perasan ada budak lalu lalang depan pintu bilik saya ( pintu tak tutup sbb takut anak2 nangis saya tak dengar )
Part tu saya tak nampak sape sbb saya duduk atas katil and part of my view kena block ngan almari baju saya ...
Dua tiga kali jugak lah budak tu lalu lalang kat situ ,
Mula2 saya ingat anak2 saya ,
Sbb djibriel selepas kejadian kat umah lama tu dia ni jadi penakut cikit ,
Saya pun gi lah check budak2 tu kat bilik dia org ,
Tengok dia org tengah nyenyak tido ,
So saya balik semula bilik saya ..
Bila saya duduk atas katil je mula lah budak2 tu lalu lalang lagi ..
Ni kali saya siap panggil nama anak2 sbb malas nak gi bilik dia org ..
But then senyap je ...
Dia org tak nyahut pun ...
Huhuhu...
Ni kali saya confirm bukan anak2 saya ...
Entah apa tah yg dok berkeliaran kat living room saya tu ...


Then one day Djibriel demam ,
Dah kasi makan ubat pastu dia tido ,
About one hour gitu dia bangun lah ( tapi time ni dah mlm about kul 9 )
Dia mintak air then dia kata nak kencing ...
So saya bawak lah dia gi toilet ..
Time kuar dari bilik tu dia tiba2 kaku berdiri kat depan pintu bilik ,
Tak mo jalan ..
Saya tarik tangan dia pun dia tak mo ..
Dok mengigil kat situ ..
makin saya tarik dia makin dia menyorok belakang saya and start to scream .. ( ni yg tak best ni )


Saya dah naik baran lah nak mengamuk je ( ialah badan penat doww jaga anak tiga org =P
So dah tengok saya camtu hubby take over ..
Hubby tanya lah kat djibriel ..
Hubby : cepat lah bang kata nak kencing ? nanti abang terkencing kat sini ..
Djibriel : Tak nak lah ayah ...Kat luar tu ada org lah ..abang tak kenal sape ..
Hubby : mana ada .. Ada kak je kat situ ( kak is my older daughter )
Djibriel : Tu abang tau lah ..tuuuuu yg diri depan pintu tu sape ???
( Part ni saya tengok hubby , hubby tengok saya ..meremang wooo bulu roma )
Hubby : mana ada bang ..pintu tu kan tutup ...mana ada org kat depan pintu ...
Djibriel : ada lah ayah ..boy lah ayah .. tengok tu dia dah jalan gi duduk depan tv ...
( tv memang lah on sbb si lyan tengah tengok disc Hi5 )
HUbby : Sayang , awak bawak dia masuk bilik kita saya tutup tv and bawak lyan masuk sekali ..
Saya apa lagi laju je lah dukung si djibriel bawak masuk bilik ,
Lepas tu hubby pun masuk and close our bedroom door ..

Mlm tu kami tido anak beranak satu bilik ..
Sampai nak kuar buat susu pun takut ,
Nak tak nak hubby lah yg tolong buat kan susu ...



BErsambung next entry .....

Wednesday, June 10, 2009

Pengalaman Seram ~

Pernah tak u all mengalami kejadian pelik atau menyeramkan ...
Sama ada terjadi pada diri sendiri atau keluarga ..
Apa yg saya nak kongsi ni adalah pengalaman sendiri ..


Tahun 2004 saya mengandung kan nak ketiga , masa tu masih kat umah lama (umah sendiri sebelum pindah ke rumah yg sekarang saya duduk ni ) ..
Time tu saya ngan suami dan dua anak2 saya sedang tengok APM ( anugerah pelanat muzik kalau tak silap lah )
So dah mlm about kul 11 i think ...
My children ni tak de masalah nak kuar masuk dapur atau bilik walaupun dalam keaadan gelap ...
Saya ajar mereka supaya jgn takut dalam umah sendiri ...


Jadi cam biasa lah anak2 saya ni suka kuar masuk dapur ...
Nak jadi kan cerita ,
Si Djibriel ni tak leh duduk diam ,
Suka merayap satu rumah ,
Kita dok sedap mengadap tv dia dok sedap jalan2 satu umah ,
Our living room bersebelah ngan dapur so kalau dia masuk dapur memang sure kita leh nampak lah ...


Then suddenly si djibriel ni menjerit sekuat hati sampai gigil2 badan dia ...
Kita mak bapak dia tengok pun seram woo ...
Dia cam nampak something lah ...
Panik kita org tengok dia screaming camtu ..
So ayah nya dukung dia and i on the kitchen light ,
Memang lah kita tak nampak apa2 ..
But he keep on saying ada juju ( he will say this bila dia nampak something scary lah like bug or lizard ) ..
And keep pointing at the kitchen window ... ( Btw my kitchen ni facing public park and kat situ memnag banyak pokok yg besar2 and seram kalau mlm tengok )


So hubby bagi dia minum air untuk tenang kan dia ...
Walaupun dia cam dah calm down tapi mata dia keep on looking at the kitchen ...
Jadi saya pun cam saja je nak tanya lah kat dia ...
Saya : bang , just now , what did u see at the kitchen ? u saw juju ke ?
Djibriel :No lah ibu , abang saw a girl..
Saya : Mana ada abang , i didn't see anything pun ..
Djibriel : Ada !! abang saw ... Ambut panjanggggg naaaa ....
Saya : ye ke ( tunjuk berani tapi sebenar nya dah takut ni ..huhuhu )
Hubby : abg nampak dia kat mana depan pintu dapur or at the kitchen window ..
Djibriel : Kitchen door lah ayah ...ambut panjangggg tak de kaki ada pala je ....( sambil dia tunjuk ngan aksi tangan )
Time ni adoiii !!! Allah je yg tau ...seram wooo ...


So tak mo panjang kan story hubby suruh saya ajak anak2 tido ...
Esok pagi we all call my mum to relate the story lah ...
Mum kata mungkin hantu penanggal sbb saya kan masa tuh tengah sarat mengandung ...
So mungkin nak cari mangsa atau sekadar nak tengok2 je ..
And anak2 kecik ni leh nampak benda2 halus ni ...


But serius my old house tu memang sunyi yg amat kalau mlm ...
Sampai bunyi katak and cengkerik pun kita dengar cam kuat ...
Time tu lak hubby saya keje shift so selalu jugak lah kena tinggal sendiri mlm ...

Since incident tu , kita org selalu baca yassin ..
And my mum taruk daun pandan berduri yg kering tu kat semua tingkap ...
My mum kata benda tu takut ngan pandan berduri tu ..
Takut sangkut tali perut dia...
Tapi since tu tak de lah yg dok mengacau lagi sampai lah kiat org pindah umah baru taun 2005..

Tapi kan kat umah baru pun ada gak citer nya tapi tu kita sambung next entry ....

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)