More Nuff

Wednesday, November 11, 2009

: O

I think i had written here before about my apartment
having a "unknown resident". Selalunya yang "nampak" hanya lah saya dan
jugak anak-anak. Jadi bila bagitau kat suami mesti dia kata
" alah imaginasi awak dengan anak-anak saje "

So on Monday yang baru lepas ni adalah hari bertuah suami .
He saw the "unknown resident" : D
Dia sebenarnya tengah bersiap nak pegi keje dan saya masih berlingkar
atas katil : p. Ialah saya panjat katil semula after Syazza pegi sekolah : D
My dad went for his morning walk and the three boys masih tidur .
So tengah - tengah suami bersiap , si Mika terjaga .
Dan memang rutin dia setiap hari , dia akan pergi bilik sebelah nak check
sama ada abang-abang dia dah bangun ke belum . Bila dia masuk bilik
abang-abang dia , he was disappointed sebab abang-abang masih tido .
Jadi dia lepak-lepak dengan ayah nya sambil teman ayahnya bersiap .
Tengah Mika dok asyik bercerita dengan ayah nya .
Tiba- tiba saya dengar Mika panggil
"billy ..billy" ( nama timangan Syabil kat umah ). Dalam hati , saya kata " alamak dah bangun pulak dia punya "partner in crime " . Ialah kalau"partner in crime"  dah bangun maknanya tamat lah time untuk saya melingkar atas katil : D

Since ayah pun nampak yang Syabil dah bangun , dia pun sibuk-sibuk lah
ikut Mika pegi bilik abang nya . Ehh !!! sekali tengok Syabil tengah sedap
tidur dalam pelukan abang dia .Pastu sape pulak yang
ayah dan Mika nampak ? Mula-mula ayah nya ingat yang syabil saje
je nak kena kan ayahnya dan Mika . Eksen - eksen tido , jadi ayah pun
cuit-cuit lah syabil tu tapi dia tido je tak gerak-gerak .
Makna nya dia tido betul-betul lah bukan olok-olok . Kalau nak kata dia
pura-pura tido pastu terus tertido pun tak masuk akal jugak sebab jarak bilik -bilik
kami bukan lah jauh sangat . Dan lagi satu , syabil bangun pukul 8.30 pagi on that day .
Setengah jam selepas ayahnya keluar pegi keje . Jadi cam mana tu pura-pura tido ?
( ok here is the layout of my home )





















Haa , tengok tu mana lah jauh jarak bilik atuknya dengan bilik dia orang .
Tak sampai seminit boleh terus tido ke . Pelik kan ?
And one thing the "unknown resident " yang suami saya nampak tu ,
pakai baju sama dengan yang si syabil pakai  jadi mana tak nya hubby kata
dia nampak syabil and so does Mika . Kalau tak , tak akan lah si Mika beria-ia
berkejar pegi bilik sebelah kalau yang dia nampak tu bukan serupa dengan abangnya .

Lagi satu incident happen during fasting month yang baru lepas.
Tapi kali ini yang nampak syabil but next time lah saya citer ok .
Penat dah ni tangan menaip : p

So see u again in the next series of  " cerita misteri di rumah cybermummy " : p

Ta~ ta

P/s : sape nak saya sambung citer ni angkat tangan . : D


Post a Comment

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)