More Nuff

Monday, December 28, 2009

Recipe yang sinonim dengan orang Singapura

Dah lama sebenarnya saya ni ngidam nak makan
lauk sotong masak itam .
Juadah ni actually memang sinonim dengan orang melayu singapura.
Sampaikan isteri arwah composer loloq pun kena datang singapore untuk
belajar masak lauk kegemaran arwah .

Ini lah rupa sotong masak itam .



















Lebih sedap kalau kuah nya lagi pekat .

Ok kat sini saya lampirkan recipe nya .
Mana tau ada yang nak cuba.

Recipe
Sotong
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai 
Sedikit cili padi or cili merah
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa .


Caranya :




Semua bahan yang di atas ini di kisar bersama " itam sotong " kecuali serai .
Serai hanya di ketuk .

Macam mana nak "harvest" itam sotong tu .
Senang je, tengok klip bawah ni .






















Bila semua bahan dah kisar ,
Ini lah rupanya .


 



















Kemudian tumis bahan kisar serta serai yang dah di ketuk .
Bila dah naik bau ,
Masuk kan sotong yang dah di cuci bersih .
Tak perlu masukan air sebab air dari sotong tu dah mencukupi.
Bila dah mendidih , tambahkan garam secukup rasa .
Kacau rata dan matikan api dan hidangkan .

Selamat mencuba :D


P/s : Dulu orang cina s'pore takut nak try dish ni . Di sebabkan warnanya yg itam itu .
Tapi bila dah cuba , mereka nak lagi .hahaha



Post a Comment

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)