More Nuff

Monday, January 25, 2010

Jemput - Jemput tepung beras



Ini citer last Friday .
Dah tak tau nak buat apa untuk si kecik dua orang tu bawak pergi sekolah .
Waktu Syazza dan Hibri masuk Nursery ,
Saya tak payah bawak kan bekal untuk mereka ,
Kerana sekolah mereka ada sediakan snacks for them .
Tapi lain pulak dengan sekolah Syabil dan Mikha .
Saya kena bekalkan mereka some food for their snack time.

Pernah jugak saya tanya what did their friends brought to school for snacks.
Syabil kata kawan-kawan dia bawak sweets to school .
Aduhh !! kalau macam ni hari-hari mahu rosak gigi budak-budak tu .

Jadi saya pun selongkar peti ais .
Tengok apa bahan yang boleh di buat juadah untuk dia bawak pergi sekolah.
Kebetulan  ada tepung beras , tepung gandum and also some fish cake
( adik beradik fish ball ) ..
Godek punya godek jadi lah ini ...





Jemput - Jemput tepung beras with fish cake inside .
Garing di luar , lembut di dalam.
Nyummm!! Nyummm !!


Recipe :

Dua cawan tepung beras
Satu cawan tepung gandum
1sudu makan baking powder
Satu biji telur
Garam ( saya tak guna garam sebab saya guna chicken cube )
Air 250ml
Fish cake ( atau ikut apa kesukaan anak-anak . Boleh jugak letak sausage yang di potong
dadu atau ikan bilis atau udang )
Minyak untuk menggoreng .

Cara- cara

Satukan tepung beras + tepung gandum  baking powder dan garam ( chicken cube)
Masukan air
Kacau hingga sebati
Masukan telur kacau lagi
Kalau adunan terlalu pekat tambah kan air sedikit demi sedikit sehingga
mendapat adunan yang di hajati .
Dan kalau terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum .
Sama jugak sedikit demi sedikit .
Dah siap adunan nya ,
Goreng kan adunan itu kedalam minyak yang panas .
Masak hingga kekuningan .
Kemudian hidangkan .

Makan bersama sos chili atau sos tomato .
Nyumm!! nyummm



P/s : baking powder membuat jemput-jemput itu gelembung macam bola .
Dan jugak mengurangkan penyerapan minyak kedalam jemput-jemput itu .



Post a Comment

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)