More Nuff

Friday, January 08, 2010

Kuih Lapis

Lama dah saya dok mengidam nak makan kuih lapis .
Tapi dekat tempat tinggal saya ni tak de yang jual .
Kalau dulu teringin sangat nak makan selalunya ajak
hubby pegi Geylang Serai .
Dekat sana semua kuih muih orang melayu ada di jual .
Lemang + rendang or serunding pun ada jual .
Tak payah tunggu Hari Raya :D



Back tu the kuih lapis ,
Since Geylang  Serai tu amat lah jauh dari rumah saya ni .
About 40 minit journey .
I decided to make the kuih lapis myself .
And since it will be my first attempt ,
I did not put high hope that the kuih lapis will turn out nice .

Wow !!! but i was wrong .
Under estimate my own capabilities . ( i always have low self confidence )
Here take a look at my marvelous " Kuih Lapis " :D





Not only look nice but it do taste delicious tooo.

So here is the recipe for any of you yang nak cuba buat  :D

Bahan- bahan :

1 cawan tepung beras ,
1 cawan tepung gandum ,
1 cawan gula pasir ,
1/2 sudu teh garam,
1 sudu teh minyak masak ,

200ml santan ,
2 cawan air .
Pewarna hijau dan kuning ( atau ikut warna kesukaan anda )

Cara - caranya :

1 ) Menggunakan blender / pengisar , masuk kan semua bahan diatas
kecuali pewarna dan kisarkan nya sehingga halus . ( tidak berketul-ketul )
Panas kan kukusan .

2)Kemudian bagi kan adunan tersebut kepada dua bahagian .
Satu bahagian di letak pewarna hijau dan satu lagi bahagian
di letak pewarna kuning ( atau ikut warna yang u all suka )

3) Di dalam loyang , sapukan sedikit minyak masak supaya
adunan tak lekat pada loyang bila kuih dah masak nanti .
So untuk lapisan yang pertama ,
Tuangkan 2 cawan adunan kuning ke dalam loyang dan kukuskan
selama lebih kurang 5 hingga 6 minit . Setelah lapisan itu masak ,
Tuangkan 1 cawan adunan berwarna hijau untuk lapis kedua
dan kukuskan nya selama lebih kurang 2 hingga 3 minit .
Tuangkan adunan yang seterus nya berselang seli sehingga habis .
Tapi untuk lapisan yang terakhir ,
anda harus kukuskannya selama 20 hingga 25 lima minit .

4) Bila dah masak keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk
sebelum acara potong :D


Akhir sekali ,
Selamat mencuba :)


P/s : Boleh buat sarapan pagi atau pun minum petang sambil tunggu
anak - anak pulang dari sekolah :D

P/s p/s :  Lupa nak bagi tau , got this recipe from this beautiful blog Dari Dapur CT
               But i did some changes here and there , ikut selera :D



Post a Comment

Ads by Nuffnang

Linky Minky (leave ur blog link here)