Selamat berpuasa saya ucapkan .
Ada yang tak puasa ke ??
Kalau tak puasa kerana uzur ok lah jangan lah pulak puasa yak yok pagi-pagi bukak periuk :D
Lama betul saya tak meroyan kat sini .
Ialah saya ni buzy kemas rumah saya tu .
Banyak lagi barang yg belum unpack .
Lagi-lagilah dah masuk bulan Ramadhan ni , lagi lah lemah saya rasa <--- yang ni alasan je ,
sebab malu nak kata diri sendiri malas :-p
Alhamdulillah , anak-anak semua dapat sempurnakan puasa mereka untuk hari yang pertama.
Harap-harap penuh lah puasa mereka seperti tahun-tahun sudah . Anak-anak saya memang saya latih berpuasa sejak mereka berumur 4 tahun . Mula-mula puasa setengah hari saje tapi bila dah masuk umur lima tahun saya latih mereka puasa sepenuh hari . Tahun ni giliran Syabil puasa penuh hari dan giliran Mikhail pula puasa setengah hari . Untuk Syabil so far so good . Tapi Mikhail tak tahan lapar . Pagi2 dah minta biskut . hahaha. Hibri dan Syazza dah tak ada masalah untuk berpuasa.
Juadah berbuka hari pertama berpuasa ialah Chapati with keema daging dan Western menu untuk anak-anak.( sesiapa yg add saya kat fb mesti dah tahu apa saya masak semalam :) )
Tak de ambil gambar sebab semalam adalah hari penuh dugaan . Hubby memuncak marahnya di kala azan berkumandang . Gara-gara tiga hero yang dok godek Dvd player ayahnya sampai terlock and tak boleh nak on . Naib baik ada mak busu mereka yang tolong unlock kan dvd tu . Kalau tak mungkin sampai hari ini hubby masih mengomel agaknya .
Dan lagi satu kejadian yang terjadi semalam , di mana Hibri telah muntah dengan belahak nya di ruang tamu .
Waktu tu saya tengah nak landing atas katil selepas penat kemas dapur . Sekali saya dengar macam ada orang simbah air kat lantai . Hati kecil dah berkata ni mesti Hibri muntah . Bila buka pintu bilik , haaa dah sah dah , Hibri yang muntah . Tu lah makan + minum banyak sangat . So bergotong royong lah saya dan hubby bersihkan sisa muntah tu . Lepas tu saya ingat nak pi mandi ,sekali tuala mandi jatuh atas lantai toilet . So pegi lah ambil yang baru .Masuk je bilik Syazza , tengok2 dia tengah menangis . Saya tanya nape nangis ni . Rupanya dia sakit perut and berak-berak . Aduhh !!! nasib tak de yang tercicir .Kalau tak lagi satu kerja nak buat .. waaaaa .
Semalam adalah hari yang memenatkan .
Harap-harap hari ini tak de lah kejadian yang tak di ingin kan berlaku lagi .
Insyallah . Amin ...
P/s : Hari ini rasa macam nak makan asam pedas ikan pari ... nyumm nyummm ...
3 comments:
selamat menyambut ramadhan ikeen..
sedapnya menu berbuka semalam...
Selamat menyambut ramadhan buat kak yong sekeluarga juga :)
selamat menyambut ramadan ken..banyak tul dugaan ye ken.takpe..arini mesti semua berjalan lancar..
Post a Comment